Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Jumaat, 14 September 2012

Hukum Nun dan Mim Bertasydid : Ghunnah



 Assalamualaikum.. Agak malas sebenarnya nak update blog malam sabtu ni..:-) Biasala, benda berkaitan agama ni memang dahsyat hasutan Syaitannya..:-) Kuatkan juga semangat untuk menaip..Bia padan muka Syaitan tu!

Ok baik, stop cite pasai setan tu dulu..Untuk entry kali neh saya akan menerangkan bab Nun dan Mim yang bersabdu atau tasydid..bab ni agak mudah sebenarnya sebab tak banyak perkara nak diingat pon..Tapi, saya akan ketengahkan sedikit beberapa tempat yang sgt2 kerap kita tersilap dalam membacanya..Ni mengikut pengalaman saya mengajarlah..ramai yang tersilap disini..Ok jom kita mula dengan pengenalan dulu ye..



Pengenalan Nun dan Mim Tasydid :



  • Dapat dikenal dengan meliha pada Nun atau Mim yang mempunyai tanda sabdu diatasnya.  (ﻡّ  نّ)
  • Perlu di baca dengung kadar 2 harakat samaada pada keadaan Wasal atau Waqaf.

Contoh Nun dan Mim Tasydid :









 

Cara Bacaan Nun dan Mim Bertasydid :

Cara bacaannya adalah dengan menahan atau menekan sedikit suara pada Mim dan Nun yang bertasydid dengan dengung..(Kadar 2 harakat)

Ok baik, macam yang saya beritahu kat atas tadi..Saya akan sertakan kat sini beberapa kesilapan yang sangat-sangat kerap berlaku..Kesalahan ni adalah pada surah-surah lazim dalam Juz 30..Jom kita tengok.


Kesilapan Biasa pada surah An-Nas :

Ok, kat bawah saya sertakan video dan juga surah yang berkenaan.



Ok, kebiasaannya pada surah An-nas, ramai yang membaca perkataan "Annas" yang ade pada setiap akhir ayat dalam surah ni TANPA dengung kadar 2 harakat..Betul tak?? Kalau betol tolong mengaku ye..:-) 

Ok, cuba dengar betol-betol bacaan Sheikh Mishary dalam video kat atas tu..Dia baca dengan menekan sedikit suara dan dengung kadar 2 harakat pada perkataan "annas"..Di situ ada berlaku hukum Ghunnah yang kita tengah belajar sekarang ni..Tak perlu la nak baca sedap macam dia ye..Saya pon tak harap macam tu..hehe..Cukupla sekadar kita dapat menunaikan semua hukum-hukum tajwid dengan sempurna..Insyaallah, bacaan tu akan sedap didengar..Ok, jom kita tengok surah seterusnya.


Kesilapan Biasa Pada Surah Al-Kauthar :



Ok, dalam surah ni pon kerap berlaku kesalahan hukum Ghunnah ni..Tengok perkataan pertama pada ayat pertama dan ketiga dekat perkataan "Inna"..Kita kerap tinggalkan hukum Ghunnah pada perkataan nih..Cuba dengar macam mana Sheikh Mishary baca dalam video tu..Dekat situ pon dia baca dengan menekan sedikit suara dan dengung kadar 2 harakat pada perkataan "Inna"..


Penutup :

Baiklah, sampai sini je untuk Hukum Ghunnah ni..Tolong perhatikan baik-baik bacaan anda pada surah-surah yang kita dah bincang dalam entry ni ye,.Kalau memang selama silap, betol-betolkan lah..Kalau selama ni memang dah betol bacaan tu..Alhamdulillah..

Saya harap entry saya ni dapat membantu org-org Islam yang memang berminat untuk belajar ilmu tajwid ni walaupon sedikit..Jumpa dalam entry yang akan datang..Salam..

P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.

P/s : Hukum Ghunnah ini juga dikenali sebagai Wajibul Ghunnah.

P/S: Boleh LIKE page TajwidSensei di Facebook untuk update2    terkini..http://www.facebook.com/TajwidSensei





SweetMuslimah.com

7 ulasan: