Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Ahad, 9 September 2012

Hukum Mim Mati Part 1 : Ikhfa' Syafawi




  Assalamualaikum...Seperti yang saya janjikan..Saya akan sambung lagi pelajaran tajwid dalam blog ni dalam bab Mim Mati/Mim Sakinah..Hukum didalam bab Mim Mati ni ade 3 sahaja..Dan pada saya bab ni lebih mudah nak ingat berbanding bab Nun Mati dan Tanwin..:-) Ok, jom kite.


Hukum-hukum Dalam Bab Mim Mati :


  1. Ikhfa' Syafawi.
  2. Izhar Syafawi.
  3. Idgham Syafawi/Idgham Mislain Soghir/Idgham Mimi (Beghape banyak name da..).


Pengenalan :

  • Mim mati ni boleh dikenali dalam mushaf uthmani dengan melihat mim yang tak mempunyai apa-apa tanda diatasnya yang bertemu dgn huruf yang berbaris.
  • Kesemua hukum dalam bab Mim mati ini dikaitkan dgn nama syafawi adalah kerana syafawi tu bermaksud bibir dan makhraj Mim adalah dibibir..Boleh rujuk entry saya yang lepas berkaitan dgn makhraj huruf disini.

Ok, kat atas saya dah sertakan beberapa pengenalan ringkas berkaitan hukum Mim Mati neh..Jom kita sambung hukum dalam bab Mim Mati yang pertama iaitu Ikhfa' Syafawi..



Pengertian Ikhfa' Syafawi :

Sesape yang dah bace entry-entry saya yang lepas..mesti dah pon tau makne ikhfa'..Ape-ape pon yang namenye ikhfa', maksudnye tak lain tak bukan mestilah sembunyi..Cume yang berbeza adalah hukum ikhfa' tu ade dalam bab ape..Kalau dalam bab Nun mati/Tanwin, kita ada Ikhfa' Haqiqi dan dalam bab Mim mati pulak ada Ikhfa' Syafawi..

Tapi jgn ingat sume Ikhfa' tu same ye..Dah tentulah ade bezanya Ikhfa' dalam bab Mim mati dgn bab Nun mati/Tanwin..Maksud saya yang sama tu adalah cara menunaikan bacaan Ikhfa' tu..Dalam bab Nun mati/Tanwin yang perlu di Ikhfa'kan dah tentulah Nun mati/Tanwin tu..dan dalam bab Mim Mati pulak, Mim Mati tulah yang perlu di Ikhfa'kan..

Ok, ape yang kena sembunyikan tu?? Da ade pon kat atas..Dah tentulah lafaz/bunyi Mim mati tu kan..Dah name bab pon Mim mati..:-)



Huruf-huruf Ikhfa' Syafawi :

1 sahaje iaitu ba (ب).



Contoh Ikhfa' Syafawi :
















Cara Bacaan Ikhfa' Syafawi :

Dalam contoh kat atas tu kita boleh lihat tempat-tempat yang dimerahkan..Di situlah berlakunya Ikhfa' Syafawi..

Cara bacaanya adalah dengan menyembunyikan/Ikhfa' sedikit bunyi Mim mati tu beserta dengung..Bacaan Ikhfa' Syafawi ade persamaan dengan Iqlab iaitu dengan merenggangkan sedikit bibir semasa membunyikan Mim Mati itu beserta dengan dengung..



Kesimpulan : 

Cara bacaan Ikhfa' syafawi sama je dengan bacaan Hukum Iqlab iaitu dengan merenggangkan sedikit bibir semasa melafazkan Mim mati supaya Mim tu tidak dilafazkan dengan sempurna (Nilah yang dikatakan Ikhfa') beserta dengung..

Apa-apa pon, tolong rujuk bacaan anda dengan guru dulu ye..Sampai sini je untuk entry kali neh..Jumpe lagi dalam entry akan dtg..

Oh ye, saya baru je create 1 Facebook Fanpage untuk sape-sape yang berminat nak mengikuti pelajaran tajwid dalam blog nih...Pada yang berminat, boleh like Fanpage saya kat sini ye>>>>>>>>>>>>> http://www.facebook.com/TajwidSensei

Sekian..Salam..........


SweetMuslimah.com

3 ulasan: