Asaalamualaikum...Ni adalah entry yang terakhir untuk bab Mim Mati yek! Hari ni kurang sikit mood nak melalut..Bagus jugak, tak la panjang sgt post ni jadinya..:-)
Baiklah, tanpa melalut panjang..Jom kita mula!
Pengenalan Izhar Syafawi :
- Izhar Syafawi adalah pertemuan diantara Mim Mati dengan kesemua huruf hijaiyyah melainkan huruf mim (م) dan ba (ب).
- Ia dapat dikenali didalam Mushaf Uthmani dengan melihat pada Mim yang mempunyai tanda sukun diatasnya bertemu dengan kesemua huruf hijaiyyah yang berbaris melainkan huruf mim (م) dan ba (ب).
Huruf-huruf Izhar Syafawi :
Ada 26 kesemuanya iaitu -
ر
| ذ | د | خ | ح | ج | ث | ت | ا |
غ
| ع | ظ | ط | ض | ص | ش | س |
ز
|
ي | ه | و | ن | ل | ك | ق |
ف
|
Contoh Izhar Syafawi :
Cara Bacaan Izhar Syafawi :
Izhar bermaksud jelas..Dan kita pula dalam bab Mim Mati..Jadi rasanye dah boleh agak kan macam mana bacaan Izhar Syafawi ni?? :-) Maknanya kita mesti menzahirkan/menjelaskan bunyi Mim Mati tu..Jangan didengung atau diIdghamkan..Macam contoh pertama tu "An 'amta" mestilah dibaca dengan "An 'amta" juga..Boleh paham kan? Senang ye dak..:-)
Akhir kata:
Rasanya tak ada apa lagi saya nak tulis kat bawah ni..heheh..Sampai sini je untuk kali ni..Saya akan sambung lagi di entry yang akan datang (Dah macam rancangan TV pulak)..
P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.
P/S: Boleh LIKE page TajwidSensei di Facebook untuk update2 terkini..http://www.facebook.com/TajwidSensei
Tiada ulasan:
Catat Ulasan