Assalamualaikum..Dah banyak hari tak update sambungan bab Mad Asli neh..Kurang sikit mood menaip beberapa hari nih..:-)
Baiklah, dalam entry ni..Saya akan sambung bab Mad Asli ni untuk Mad Asli yang berlaku pada keadaan wasal sahaja iaitu Mad Silah Shugra/Qasirah..Ok, apa dia wasal ni? Pada yang tak tahu lagi, wasal ni bermaksud menyambung atau meneruskan bacaan..Boleh faham kan?
Ok, dibawah saya sertakan cici-ciri yang perlu kita tahu untuk dapat mengenali hukum Mad Silah Sughra ni dengan lebih baik..
Pengenalan Mad Silah Sughra / Mad Silah Qasirah :
- Mad Silah Sughra hanya berlaku pada Ha' Dhomir atau Ha' simpul (ه).
- Ha' Dhomir itu mestilah terletak diantara 2 huruf yang berbaris.
- Mad Silah Sughra dapat dikenali dgn melihat pada Ha' Dhomir yang mempunyai tanda Wau dan Ya' kecil.
- Mad Silah hanya berlaku ketika mewasalkan bacaan shj.
- Berlaku pada ha' dhomir yang tidak berjumpa dengan huruf Hamzah.
Cara Bacaan :
Dibaca dengan panjang kadar 2 harakat.
Contoh Mad Silah Sughra :
Dalam contoh kat atas tu, kita boleh tengok ada tempat yang saya tandakan dengan bentuk bujur warna merah , bentuk empat segi warna biru dan ada tempat yang saya letakkan tanda anak panah.
Ok, jom saya terangkan perbezaan pada semua tanda tu..
Tanda bujur warna merah :
Pada tempat ni lah yang mana berlakunya Mad Silah Sughra yang kita tengah bincang sekarang ni..Cuba perhatikan, semua ciri yang saya sebutkan kat bahagian pengenalan ada kat situ..Berlaku pada ha' simpul, ha' terletak pada dua huruf yg berbaris, Ha' tidak bertemu dgn Hamzah, bacaan diwasalkan dan mempunyai tanda Wau kecil (Pada ha' yg berbaris hadapan) dan Ya' kecil (Pada ha' yg berbaris bawah).
Tanda bujur warna merah dan anak panah :
Ok, pada tempat kalau kita perhatikan betul-betul, kesemua ciri-ciri pada bahagian pengenalan tu ada melainkan 1..Iaitu berlaku ketika wasal..Pada bahagian itu kita diberi pilihan untuk mewasalkan bacaan atau berhenti (Waqaf)..Dan kebanyakan kita memilih untuk berhenti, betul kan? So, bila kita berhenti..Mad Silah tidak akan berlaku.
Tanda empat segi warna biru :
Di sini jika kita perhatikan, semua ciri-ciri pada Mad Silah Sughra ada melainkan tidak bertemu dengan hamzah..Bila Ha' Dhomir ni berjumpe dengan Hamzah, Ia akan dibaca dengan kadar lebih dari dua harakat dan dikenali dengan nama Mad Silah Kubra..Bahagian ni insyaallah kita akan sama-sama bincangkan nanti dalam bab mad Far'ie disebabkan Hamzah..
Akhir Kata :
Alhamdulillah, setelah sekian lama entry ni terperap dalam draft..Akhirnya terpublish jua..:-) Ok, saya harap penerangan saya ni tak terlalu memeningkan..Rasanya mudah sahaja hukum ni..
Ingatkan je semua ciri-ciri dan tanda-tanda dia..Insyaallah semuanya akan jadi mudah..:-)
Sampai sini sahaja untuk entry kali ni..Jangan lupa share diFacebook tu kalau suke ye..:-)
Salam..
P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>> http://www.facebook.com/TajwidSensei
P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.
Padat,ringkas dan mudah difahami.
BalasPadammad silah jumaf nya mana ☺️🙂
BalasPadamiya mana
Padam