Rabu, 21 Januari 2015

Idgham Mutajanisain


Idgham Mutajanisain




Assalamualaikum..

Kita sambung lagi dalam bab idgham ni..Entri kali ini kita akan bincangkan hukum Idgham Mutajanisain.





Pengenalan Idgham Mutajanisain :

Mutajanisain bermaksud (Dua yang berhampiran sejenis). Ia berlaku apabila dua huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan pada sifat bertemu.

Cara menyempurnakan Idgham pada hukum ini ada dua keadaan. Iaitu secara Naqis atau Kamil.


Idgham Kamil :

Menggabungkan huruf pertama kedalam huruf kedua secara total. Iaitu dengan melenyapkan keseluruhan makhraj dan sifat huruf pertama.


Idgham naqis :

Menggabungkan huruf pertama kedalam huruf kedua secara tidak sempurna.Iaitu dengan hanya melenyapkan makhraj huruf pertama itu sahaja dan mengekalkan sifat-sifatnya melainkan qalqalah.





Contoh Idgham Mutajanisain :





Contoh di atas adalah pada surah Hud ayat 42. Idgham di sini adalah dengan cara Idgham Kamil. 







Contoh di atas adalah pada surah Al-A'raf ayat 176. Idgham di sini adalah dengan cara Idgham Kamil.







Contoh adalah pada surah Al-Zukhruf ayat 39. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham kamil.







Contoh adalah pada surah Al-Baqarah ayat 256. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham kamil.








Contoh adalah pada surah Yunus ayat 89. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham kamil.







               Contoh adalah pada surah Ali Imran ayat 69. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham kamil.






              Contoh adalah pada surah An naml ayat 22. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham Naqis.






Kesimpulan :

Cara bacaan Idgham Naqis dalam bab ini hanya berlaku pada pertemuan sehala huruf "Tha" dengan "Ta" sahaja..

Harap boleh faham ya..Apa-apa pun, Wajib belajar dan semak berdepan dengan guru..

Moga anda dapatlah sedikit manfaat dari entri saya ni..

Mohon sebarkan jika bermanfaat :-).. Assalamualaikum


P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>>http://www.facebook.com/TajwidSensei
                                     

                                          

Sabtu, 17 Januari 2015

Idgham Mutamathilain

Idgham Mutamathilain




Assalamualaikum..

Dalam entri yg lepas..Sy dah pun terangkan bab Idgham dalam hukum Mim mati, Nun mati dan Tanwin. Dan Idgham kali ini adalah pada pertemuan dua huruf yg mati dan berbaris.

Ia diIdghamkan dengan sebab kedua huruf itu..


  1. Sama makhraj dan sifat, 
  2. Berhampiran makhraj dan sifat 
  3. Berhampiran pada makhraj tetapi berlainan pada sifat.

Dan untuk entri ni, kita mulakan dengan Idgham Idgham Mutamathilain..






Pengenalan Idgham Mutamathilain :

Mutamathilain bermaksud (dua yg bersamaan). Ia berlaku apabila dua huruf yg sama dan bersamaan pada makhraj dan sifat bertemu dalam 2 atau 1 kalimah/perkataan..

Ia boleh dikenali dalam Al -quran rasm uthmani dengan melihat pada dua huruf yg sama bertemu, Huruf pertamanya tidak mempunyai apa-apa tanda dan huruf keduanya bersabdu.







Contoh Idgham Mutamathilain :





Lihat pada huruf  "Ta" yang sukun bertemu dengan "Ta" yang berbaris. "Ta" yg pertama di idghamkan pada "Ta" kedua dengan kadar ringan.







Kesimpulan :

Untuk memudahkan cerita.. Idgham Mutamathilain ni adalah apabila 2 huruf yg sama bertemu, yang mana huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris..

Saya harap mudah faham bab ni.. Insyaallah sambung lagi entri akan datang ya.. :-)

Moga anda dapatlah sedikit manfaat dari entri saya ni..

Mohon sebarkan ya.. Assalamualaikum


P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>>http://www.facebook.com/TajwidSensei




                                             

Jumaat, 2 Januari 2015

Hukum Mad Part 13 : Mad Lazim Harfi Mukhaffaf

Assalamulaikum... Sambung kita kali ni dalam bab Mad Lazim yang terakhir iaitu Mad lazim Harfi Mukhaffaf..





Pengenalan Lazim Harfi Mukhaffaf :



  • Mad Lazim Harfi Mukhaffaf berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli di dalam 1 perkataan.
  • Ia hanya terdapat pada awal surah sahaja.
  • Mukhaffaf bermaksud ringan dari sudut bahasa dan tanpa idgham dari sudut ilmu tajwid.




Contoh Mad Lazim Harfi Mukhaffaf :



Gambar contoh ini saya ambil dari contoh dalam bab Mad Lazim Harfi Muthaqqal. Boleh rujuk semula bab tu. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf berlaku pada huruf "Mim" kerana ia tanpa idgham dan Mad Lazim Harfi Muthaqqal pula berlaku pada huruf "Lam" kerana ia akan di idghamkan pada huruf "Mim" itu.

Boleh faham kan? Kalau tak berapa faham.Boleh rujuk semula bab Mad Lazim Harfi Muthaqqal.. Inshaallah akan lebih mudah faham nanti.. :-)





Cara Bacaan / Harakat Mad Lazim Harfi Mukhaffaf :

Dibaca kadar 6 harakat tanpa idgham.





Penutup :

Penerangan hukum ni lebih kurang sahaja dengan Mad Lazim Harfi Muthaqqal. Jadi sy tak terang detail sangat.. Jadi anda perlu tengok balik pada entri lepas ya. :-)

Sampai sini saja.. Jumpa di lain entri dan lain hari..

Semoga anda mendapat sedikit manfaat dari usaha kecil sy ni.. Dan sebar-sebarkanlah blog ni supaya ramai lagi yg boleh dapat manfaat yg sama.. :-)

Terima kasih singgah.. 

Assalamualaikum...


P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>>http://www.facebook.com/TajwidSensei