Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Khamis, 20 September 2012

Hukum Mad Part 1 : Mad Asli Mutlaq



 Assalamualaikum..Anda yang tengah membaca ni sihat ka? kalau sihat alhamdulillah..Harini saya baru je dapat rase balek nikmat sihat lepas 2hari demam..:-( Tapi, tak pelah..Sekurang-kurangnya sekarang barulah saya dapat rasa betapa nikmatnya sihat ni..Yelah, kalau kita tak rase sakit..macam mana kita nak faham yang sihat tu adalah 1 nikmat, ye tak??

Ok baik, untuk entry kali ni.Saya nak berkongsi sedikit berkenaan hukum dalam bab yang agak panjang perbincangannya iaitu Mad..


Secara amnya, Mad terbahagi kepada 2 kategori..Iaitu Mad Asli/Thobi'e  dan Mad Far'ie..Ok,apa agaknya ye perbezaan diantara dua Mad ni? Kalau nak tau..Jom sambung kat bawah! :-)



Mad Asli/Thobi'e :  Mad Asli adalah mad yang berlaku tanpa bergantung pada sebab-sebab tertentu..Kadar harakatnya adalah tetap tak lebih dan tak kurang dari 2 harakat.


Mad Far'ie : Mad Far'ie adalah mad yang berlaku atas sebab-sebab tertentu seperti Hamzah atau Sukun.



Baiklah, kalau kita tengok tajuk entry ni ada terselit nama Mad Asli Mutlaq..Apa pulak tiba-tiba ada Mutlaq ni? Ok, sebenarnya..Mad Asli ni berlaku dalam beberapa keadaan seperti ketika wasal dan waqaf, ketika wasal shj, ketika waqaf sahaja dan pada awal surah shj..


Mad Asli Mutlaq adalah dalam kategori Mad Asli yang pure..Boleh paham tak? Penamaan ni cuma untuk membezakan bentuk-bentuk mad Asli yang saya sebut kat atas tu je..Ok, untuk mengelakkan kepeningan..Saya sertakan kat bawah nama bagi setiap bentuk Mad Asli ni..



  1. Mad Asli Mutlaq : Mad Asli yg berlaku pada keadaan wasal dan waqaf.
  2. Mad Silah Sughra/Mad Silah Qasirah : Mad Asli yg berlaku ketika wasal shj.
  3. Mad 'Iwadh : Mad Asli yg berlaku ketika waqaf shj.
  4. Mad Asli Harfi : Mad Asli yang berlaku di awal surah shj.


Ok, kat atas saya dah sediakan semua nama bagi setiap keadaan Mad Asli..Dan dalam entry, kita akan fokus pada Mad Asli Mutlaq shj dahulu..Jom sambung perbincangan kita kat bawah..



Pengenalan Mad Asli Mutlaq :

  • Mad Asli boleh dikenali didalam Mushaf Uthmani dengan 2 bentuk. 


  1. Pada huruf Alif ا ) yang tidak mempunyai tanda diatasnya dan huruf sebelumnya berbaris atas, Wau و ) yang tidak mempunyai tanda diatasnya dan huruf sebelumnya berbaris hadapan dan  Ya' ي ) yang tidak mempunyai tanda diatasnya dan huruf sebelumnya berbaris bawah.
  2. Pada tanda Alif kecil, Wau kecil dan Ya' kecil.



Huruf-Huruf Mad

Alif ا ) , Wau و )  dan Ya' ي ) yang tidak berbaris/tanda.


Contoh Mad Asli Mutlaq


Contoh pada Alif ا ) , Wau و )  dan Ya' ي ) yang tidak berbaris/tanda: 






Mad Asli pada Alif.










Mad pada Wau.






Mad Asli pada Ya'.



Pada tanda Alif kecil, Wau kecil dan Ya' kecil:








Mad Asli pada Alif kecil.








Mad Asli pada Ya' kecil.









Mad Asli pada wau kecil.


Cara Bacaan :

Mad Asli Mutlaq mesti dibaca dengan 2 harakat.


Penutup

Baiklah, sampai sini sahaja untuk hukum Mad Asli Mutlaq..Tolong belajar secara berdepan dengan guru ye..Sebab setakat ni dalam pengalaman saya yg sikit ni, Hukum Mad Asli ni sangat-sangat ramai yang rasa dah betul tapi sebenarnya tak betol lg..Ye, ni bukan cerita bohong atau mitos yang sengaje saya reka untuk menyedapkan cerita..Ni kisah benar ok!

Ok, inshallah sambung lagi bab mad dalam entry akan datang..Salam!

P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>> http://www.facebook.com/TajwidSensei


P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.





SweetMuslimah.com

13 ulasan:

  1. terima kasih tuan ...aku da paham skit2 pasal mad asli ni ....penerangan yg cukup baik ;) ....siap dengan contoh sekali ....

    BalasPadam
  2. salam ustaz, mohon share ilmu skit ye utk ank2 murid kt sek...

    BalasPadam
  3. salam tuan saya minta untk pnjgkn ilmu ni untk aja makcik2 kt msjid kg sy hehe tq

    BalasPadam
  4. Terima kasih ! Blog ini telah membantu saya utk menyiapkan tugasan tajwid yg telah diberikan oleh guru saya .

    BalasPadam
  5. Jadi Alif kecil ini.Kenapa jadi keccil

    BalasPadam
  6. Jadi Alif kecil ini.Kenapa jadi keccil

    BalasPadam