Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Rabu, 5 September 2012

Hukum Izhar Mutlaq



 Assalamualaikum..Post pendek dan ringkas untuk hari ini..iaitu berkenaan dgn izhar mutlaq..

Agak ramai yang keliru ye perbezaan diantara Izhar Mutlaq dgn Idgham Maal ghunnah..Sebab keadaan berlaku Izhar Mutlaq ni kalau kite tgk sekali imbas mmg seaakan-akan Idgham Maal Ghunnah..

Ok baik, di bawah saya huraikan sedikit perbezaan, dan cara mengenal Izhar Mutlaq..


Keadaan berlaku :

Izhar Mutlaq berlaku apabila Nun Mati/Nun Sakinah bertemu dgn dua huruf iaitu wau (و) dan Ya (ي) didalam 1 kalimah..

Eh, bukan ke bila Nun mati berjumpe dgn wau (و) atau ya (ي) tu hukumnye Idgham Maal Ghunnah?? 

Haa..ni yang biasanya agak ramai yang keliru..Ok baik, mmg dalam bab hukum Idgham Maal ghunnah terdapat huruf wau (و) dan ya (ي)..Tapi, letakkan dalam kepale ye..Idgham Maal Ghunnah hanye berlaku dalam 2 kalimah sahaja..Sedangkan Izhar Mutlaq ini adalah pertemuan Nun Mati/Nun Sakinah dgn wau (و) dan Ya (ي) didalam 1 kalimah!

Ok, untuk memudah kan lagi paham..Saya sertakan dibawah beberapa ciri atau pengenalan tentang Izhar Mutlaq ni..
  • Ia hanya berlaku pada 4 perkataan sahaja didalam Al-quran iaitu بُنْيَان ,دُّنْيَا, قِنْوَانٌ, dan صِنْوَانٌ..
  •  Ia hanya berlaku dalam 1 perkataan/kalimah sahaja. 
 Harap penerangan saya tak terlalu berbelit la ye..:-) untuk mudah ingat..hafal je 4 perkataan yang saya bagi kat atas tu..Izhar Mutlaq cume ade dalam 4 perkataan tu aje..


Cara bacaan Izhar Mutlaq :

Nama nye pon Izhar kan..So, kita mesti baca dgn jelasla..Ape yang kene jelas tu? Jelaskan bunyi/bacaan Nun mati tu..sebagai contoh pada perkataan "Qinwaan", Baca dengan "Qinwaan" juga bukan "Qiwwaan"...


Sebab Izhar Mutlaq

Bacaan pada 4 perkataan ini ditetapkan dgn bacaan Izhar bukan Idgham adalah demi untuk menjaga makne asal perkataan dari berubah. Wallahu'alam


Akhir kata

Sampai sini je untuk entry kali ni..Seperti biase, tolong belajar secara talaqqi dgn guru..Belajar dengan membace sahaje tidak memadai..

Inshaallah saya akan sambung lagi hukum dalam bab Mim Mati dalam entry yang akan datang..Salam..

P/s : Share kat FB kalau suke ye..:-) TQ


SweetMuslimah.com

11 ulasan:

  1. Mudah faham..time kaseh..xconfius lg sudah

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian..skrg dah fham!!

    BalasPadam
  3. Dapat baca balik tahun ni#ulangkaji

    BalasPadam
  4. Dapat baca balik tahun ni#ulangkaji

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum wrwb,
    AlhamduLILLAH, T kasih atas penjelasannya, lnsyaALLAH mendapat rahmat dari ALLAH SWT, Amin, Wassalam wrwb.

    BalasPadam
  6. Izhar Idgham xpernah dengar plk,mcm mn ya.

    BalasPadam