Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Sabtu, 29 September 2012

Hukum Mad Part 3 : Mad 'Iwadh

 Assalamualaikum..Oleh kerana tak boleh nak lelapkan mate..Lalu saya isikan masa lapang di pagi bute ni dengan mengupdate blog..:-)

Untuk entry kali neh, saya nak kongsikan sedikit berkaitan dengan Mad Asli yg berlaku ketika waqaf sahaja..Pada yg belum tahu apa itu waqaf..Waqaf bermaksud memberhentikan bacaan..:-)

Mad 'Iwadh adalah mad yg dibaca panjang (2 harakat) sebagai ganti kepada tanwin berbaris atas ketika waqaf.

Baiklah seperti biasa, dibawah kita akan membincangkan hukum Mad 'Iwadh ni bermula dengan ciri-cirinya..


Pengenalan Mad 'Iwadh :

  • Mad 'Iwadh hanya berlaku ketika berhenti/mewaqafkan bacaan SAHAJA.
  • Mad 'Iwadh hanya berlaku pada tanwin berbaris atas SAHAJA.


Contoh-Contoh Mad 'Iwadh :


















Tempat yg dibulatkan adalah dimana berlakunya Mad 'Iwadh..

Dan di bawah pula adalah keadaan Mad 'Iwadh yang kerap berlaku kekeliruan dikalangan pembaca..















Pada perkataan yang mempunyai tanda bujur warna biru adalah diantara bentuk Mad 'Iwadh yg biasanya berlaku kekeliruan..

Kebanyakan pembaca terkeliru kerana huruf Hamzah bertanwin baris atas di situ tidak mempunyai Alif selepasnya seperti kebiasaan..Tapi hakikatnya ia tetap dibaca dengan menukarkan bacaan tanwin kepada bacaan panjang kadar 2 harakat (Mad 'Iwadh)..



Kesimpulan :

Baiklah, rasanya cukup dah penerangan ni..Panjang-panjang pon kalau tak paham tak kemane, ye tak? 

Yang penting kena paham, bila kita mewaqafkan bacaan pada tanwin berbaris atas..Bunyi tanwin tu akan lenyap dan ditukarkan kepada bacaan mad..

Harap boleh pahamlah ye..Ape-ape pon..TOLONG belajar secara berdepan dgn guru..Harap entry saya ni dapat memberi sedikit manfaat untuk seluruh umat Islam di Malaysia mahupun dunia (Amboi..).

Owh ye, jangan lupe share di Facebook dan Twitter kalau suke ye..:-) Sekian..Salam..

P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>> http://www.facebook.com/TajwidSensei




SweetMuslimah.com

Selasa, 25 September 2012

Hukum Mad Part 2 : Mad Silah Sughra

contoh mad silah qasirah

 Assalamualaikum..Dah banyak hari tak update sambungan bab Mad Asli neh..Kurang sikit mood menaip beberapa hari nih..:-)

Baiklah, dalam entry ni..Saya akan sambung bab Mad Asli ni untuk Mad Asli yang berlaku pada keadaan wasal sahaja iaitu Mad Silah Shugra/Qasirah..Ok, apa dia wasal ni? Pada yang tak tahu lagi, wasal ni bermaksud menyambung atau meneruskan bacaan..Boleh faham kan? 

Ok, dibawah saya sertakan cici-ciri yang perlu kita tahu untuk dapat mengenali hukum Mad Silah Sughra ni dengan lebih baik..




Pengenalan Mad Silah Sughra / Mad Silah Qasirah :
  • Mad Silah Sughra hanya berlaku pada Ha' Dhomir atau Ha' simpul (ه).
  • Ha' Dhomir itu mestilah terletak diantara 2 huruf yang berbaris.
  • Mad Silah Sughra dapat dikenali dgn melihat pada Ha' Dhomir yang mempunyai tanda Wau dan Ya' kecil.
  • Mad Silah hanya berlaku ketika mewasalkan bacaan shj.
  • Berlaku pada ha' dhomir yang tidak berjumpa dengan huruf Hamzah.


Cara Bacaan :

Dibaca dengan panjang kadar 2 harakat.




Contoh Mad Silah Sughra :


mad silah qasirah



















 
Dalam contoh kat atas tu, kita boleh tengok ada tempat yang saya tandakan dengan bentuk bujur warna merah , bentuk empat segi warna biru dan ada tempat yang saya letakkan tanda anak panah.

Ok, jom saya terangkan perbezaan pada semua tanda tu..


Tanda bujur warna merah : 

Pada tempat ni lah yang mana berlakunya Mad Silah Sughra yang kita tengah bincang sekarang ni..Cuba perhatikan, semua ciri yang saya sebutkan kat bahagian pengenalan ada kat situ..Berlaku pada ha' simpul, ha' terletak pada dua huruf yg berbaris, Ha' tidak bertemu dgn Hamzah, bacaan diwasalkan dan mempunyai tanda Wau kecil (Pada ha' yg berbaris hadapan) dan Ya' kecil (Pada ha' yg berbaris bawah).


Tanda bujur warna merah dan anak panah :

Ok, pada tempat kalau kita perhatikan betul-betul, kesemua ciri-ciri pada bahagian pengenalan tu ada melainkan 1..Iaitu berlaku ketika wasal..Pada bahagian itu kita diberi pilihan untuk mewasalkan bacaan atau berhenti (Waqaf)..Dan kebanyakan kita memilih untuk berhenti, betul kan? So, bila kita berhenti..Mad Silah tidak akan berlaku.


Tanda empat segi warna biru :

Di sini jika kita perhatikan, semua ciri-ciri pada Mad Silah Sughra ada melainkan tidak bertemu dengan hamzah..Bila Ha' Dhomir ni berjumpe dengan Hamzah, Ia akan dibaca dengan kadar lebih dari dua harakat dan dikenali dengan nama Mad Silah Kubra..Bahagian ni insyaallah kita akan sama-sama bincangkan nanti dalam bab mad Far'ie disebabkan Hamzah..



Akhir Kata :

Alhamdulillah, setelah sekian lama entry ni terperap dalam draft..Akhirnya terpublish jua..:-) Ok, saya harap penerangan saya ni tak terlalu memeningkan..Rasanya mudah sahaja hukum ni..

Ingatkan je semua ciri-ciri dan tanda-tanda dia..Insyaallah semuanya akan jadi mudah..:-)

Sampai sini sahaja untuk entry kali ni..Jangan lupa share diFacebook tu kalau suke ye..:-) 

Salam..

P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>> http://www.facebook.com/TajwidSensei






P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.





SweetMuslimah.com

Khamis, 20 September 2012

Hukum Mad Part 1 : Mad Asli Mutlaq



 Assalamualaikum..Anda yang tengah membaca ni sihat ka? kalau sihat alhamdulillah..Harini saya baru je dapat rase balek nikmat sihat lepas 2hari demam..:-( Tapi, tak pelah..Sekurang-kurangnya sekarang barulah saya dapat rasa betapa nikmatnya sihat ni..Yelah, kalau kita tak rase sakit..macam mana kita nak faham yang sihat tu adalah 1 nikmat, ye tak??

Ok baik, untuk entry kali ni.Saya nak berkongsi sedikit berkenaan hukum dalam bab yang agak panjang perbincangannya iaitu Mad..


Secara amnya, Mad terbahagi kepada 2 kategori..Iaitu Mad Asli/Thobi'e  dan Mad Far'ie..Ok,apa agaknya ye perbezaan diantara dua Mad ni? Kalau nak tau..Jom sambung kat bawah! :-)



Mad Asli/Thobi'e :  Mad Asli adalah mad yang berlaku tanpa bergantung pada sebab-sebab tertentu..Kadar harakatnya adalah tetap tak lebih dan tak kurang dari 2 harakat.


Mad Far'ie : Mad Far'ie adalah mad yang berlaku atas sebab-sebab tertentu seperti Hamzah atau Sukun.



Baiklah, kalau kita tengok tajuk entry ni ada terselit nama Mad Asli Mutlaq..Apa pulak tiba-tiba ada Mutlaq ni? Ok, sebenarnya..Mad Asli ni berlaku dalam beberapa keadaan seperti ketika wasal dan waqaf, ketika wasal shj, ketika waqaf sahaja dan pada awal surah shj..


Mad Asli Mutlaq adalah dalam kategori Mad Asli yang pure..Boleh paham tak? Penamaan ni cuma untuk membezakan bentuk-bentuk mad Asli yang saya sebut kat atas tu je..Ok, untuk mengelakkan kepeningan..Saya sertakan kat bawah nama bagi setiap bentuk Mad Asli ni..



  1. Mad Asli Mutlaq : Mad Asli yg berlaku pada keadaan wasal dan waqaf.
  2. Mad Silah Sughra/Mad Silah Qasirah : Mad Asli yg berlaku ketika wasal shj.
  3. Mad 'Iwadh : Mad Asli yg berlaku ketika waqaf shj.
  4. Mad Asli Harfi : Mad Asli yang berlaku di awal surah shj.


Ok, kat atas saya dah sediakan semua nama bagi setiap keadaan Mad Asli..Dan dalam entry, kita akan fokus pada Mad Asli Mutlaq shj dahulu..Jom sambung perbincangan kita kat bawah..



Pengenalan Mad Asli Mutlaq :

  • Mad Asli boleh dikenali didalam Mushaf Uthmani dengan 2 bentuk. 


  1. Pada huruf Alif ا ) yang tidak mempunyai tanda diatasnya dan huruf sebelumnya berbaris atas, Wau و ) yang tidak mempunyai tanda diatasnya dan huruf sebelumnya berbaris hadapan dan  Ya' ي ) yang tidak mempunyai tanda diatasnya dan huruf sebelumnya berbaris bawah.
  2. Pada tanda Alif kecil, Wau kecil dan Ya' kecil.



Huruf-Huruf Mad

Alif ا ) , Wau و )  dan Ya' ي ) yang tidak berbaris/tanda.


Contoh Mad Asli Mutlaq


Contoh pada Alif ا ) , Wau و )  dan Ya' ي ) yang tidak berbaris/tanda: 






Mad Asli pada Alif.










Mad pada Wau.






Mad Asli pada Ya'.



Pada tanda Alif kecil, Wau kecil dan Ya' kecil:








Mad Asli pada Alif kecil.








Mad Asli pada Ya' kecil.









Mad Asli pada wau kecil.


Cara Bacaan :

Mad Asli Mutlaq mesti dibaca dengan 2 harakat.


Penutup

Baiklah, sampai sini sahaja untuk hukum Mad Asli Mutlaq..Tolong belajar secara berdepan dengan guru ye..Sebab setakat ni dalam pengalaman saya yg sikit ni, Hukum Mad Asli ni sangat-sangat ramai yang rasa dah betul tapi sebenarnya tak betol lg..Ye, ni bukan cerita bohong atau mitos yang sengaje saya reka untuk menyedapkan cerita..Ni kisah benar ok!

Ok, inshallah sambung lagi bab mad dalam entry akan datang..Salam!

P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>> http://www.facebook.com/TajwidSensei


P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.





SweetMuslimah.com

Ahad, 16 September 2012

Hukum Izhar Qamari dan Idgham Syamsi

Assalamualaikum..Hm..Indah betul pagi Isnin ni..:-) Dengan hujan renyai2..Kedai makan pon penuh je sampai takda tempat nak duduk..Last2 tapau je makan kat rumah..Hehe..

Cukuplah luahan hati untuk hari ni..Jom kita tengok apa juadah untuk otak kita harini..Belaja benda baru hari-hari..Barulah tak nyanyok..Ye tak? Perut hari-hari mau isi..Otak pun nak juga di isi..:-) Ok, untuk entry kali neh..Saya nak kongsikan sedikit tentang hukum dalam bab Alif Lam (ال) atau lebih tepat lagi Alif Lam Ma 'rifah (Kata nama)..


Cara bacaan bagi bab ini ada 2 sahaja..Iaitu dengan cara Izhar atau Idgham..Bacaan Izhar dalam bab ini dikenali sebagai Izhar Qamari atau Alif Lam Qamariyyah dan Idgham Syamsi atau Alif lam Syamsiyyah bagi bacaan Idgham..


Baiklah, yang paling penting, dalam perbincangan bab Alif Lam ni..Apa yang perlu di Idgham dan di Izharkan ni? Ok,baik..Dalam bab ni kita membincangkan tentang bacaan/bunyi huruf lam (ل) yang sukun itu samaada ia perlu dibaca dengan jelas (Izhar) ataupun di Idghamkan..


Ok, apa-apa pon..Jom kita mula dengan pengenalan untuk kedua-dua hukum nih..(Izhar Qamari dan Idgham Syamsi)




Pengenalan Izhar Qamari :




  • Izhar Qamari dapat dikenali dalam Mushaf Uthmani dengan melihat Alif pada (ال) yang mempunyai tanda kepala huruf (ص) dan Lamnya pula bertanda sukun.
  • Izhar Qamari dibaca dengan mensukunkan Lam yang mati pada (ال).


Huruf-huruf Izhar Qamari :

Huruf-huruf Izhar Qamari ada 14 semuanya iaitu (ء), ba (ب), jim (ج), ha (ح), kho (خ), 'ain (ع), ghain (غ), fa (ف), qaf (ق), kaf (ك), mim (م), wau (و), ha' () dan ya (ي)


Cara Bacaan Izhar Qamari :

Izhar Qamari dibaca dengan menyukunkan bacaan Lam..Sukun di sini bermaksud menjelaskan bacaan Lam yang mati itu...Faham kan? Kalau masih kelabu lagi teruskan membaca! :-)


Contoh Izhar Qamari : 

Contoh Izhar Qamari ni saya rasa semua org pon dah tahu dan dah biasa jumpa pon sebenarnya..Apa? tak pernah? kalau tak pernah maknanya tak pernah sembahyangla..hehe..Sebab hukum ni ada dalam surah Al-Fatihah..Takkan tak pernah baca Fatihah kan? :-)







Ok, Cuba tengok dekat bahagian yang saya merahkan..Di situlah berlakunya Izhar Qamari..Sekarang rasanya dah boleh paham kan macam mana nak membaca Lam yang mati tu dengan jelas? Kalau masih samar-samar juga..Tak apa.Insyaallah lepas habis dua-dua hukum ni anda akan faham dengan lebih jelas..:-) Jom kita!



Pengenalan Idgham Syamsi :

  • Idgham Syamsi dapat dikenali didalam Mushaf Uthmani dengan melihat Alif pada (ال) yang mempunyai tanda kepala huruf (ص) dan Lamnya pula tidak mempunyai apa-apa tanda.
  • Idgham Syamsi dibaca dengan menggabungkan huruf Lam pada (ال) ke dalam huruf-huruf Syamsiyyah yang datang selepasnya.



Huruf-huruf Idgham Syamsi :

Huruf-huruf Idgham Syamsi ada 14 semuanya iaitu ta (ت), tha (ث), dal (د), dzal (ذ), ra' (ر), zai (ز), sin (س), syin (ش), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), zho (ظ), lam (ل) dan nun (ن)


Cara Bacaan Idgham Syamsi :

Idgham Syamsi dibaca dengan menggabungkan suara huruf Lam kedalam huruf-huruf Syamsiyyah selepasnya..


Contoh Idgham Syamsi :

Contoh untuk Idgham Syamsi juga boleh kita jumpa dalam surah Al-Fatihah..








Ok, boleh tengok bahagian yang dimerahkan tu..Macam mana anda baca dua perkataan tu? Rasanya semua org pon dah tau kan..Kita mesti baca dengan cara mengabaikan Lam yang mati pada (ال) tu kan..Kita akan terus Idgham kan kepada huruf selepasnya iaitu huruf Ra' (ر) dan Ra' (ر) tergolong dalam kategori huruf Syamsiyyah..


Kesimpulan :

Alhamdulillah, dah habis pon perbincangan kita dalam bab Alif Lam ni..Rasanya dah boleh faham dengan jelas kan, ye tak? Contoh-contoh yang saya bagi semuanya dari surah Al-Fatihah dan rasanya semua pernah baca surah tu..Cuma mungkin sebelum ni tak tahu nama hukum aje kan..:-) Sebenarnya ada beberapa lagi tempat dalam surah Al-Fatihah yang mengandungi hukum Alim Lam..Cubalah cari sendiri ye..

Sampai sini saja untuk entry kali ni..Harap post saya yang tak seberapa ni dapatlah membantu org-org yang berminat untuk belaja tajwid ni walau sedikit..:-)

Sekian Salam..


P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.





SweetMuslimah.com

Jumaat, 14 September 2012

Hukum Nun dan Mim Bertasydid : Ghunnah



 Assalamualaikum.. Agak malas sebenarnya nak update blog malam sabtu ni..:-) Biasala, benda berkaitan agama ni memang dahsyat hasutan Syaitannya..:-) Kuatkan juga semangat untuk menaip..Bia padan muka Syaitan tu!

Ok baik, stop cite pasai setan tu dulu..Untuk entry kali neh saya akan menerangkan bab Nun dan Mim yang bersabdu atau tasydid..bab ni agak mudah sebenarnya sebab tak banyak perkara nak diingat pon..Tapi, saya akan ketengahkan sedikit beberapa tempat yang sgt2 kerap kita tersilap dalam membacanya..Ni mengikut pengalaman saya mengajarlah..ramai yang tersilap disini..Ok jom kita mula dengan pengenalan dulu ye..



Pengenalan Nun dan Mim Tasydid :



  • Dapat dikenal dengan meliha pada Nun atau Mim yang mempunyai tanda sabdu diatasnya.  (ﻡّ  نّ)
  • Perlu di baca dengung kadar 2 harakat samaada pada keadaan Wasal atau Waqaf.

Contoh Nun dan Mim Tasydid :









 

Cara Bacaan Nun dan Mim Bertasydid :

Cara bacaannya adalah dengan menahan atau menekan sedikit suara pada Mim dan Nun yang bertasydid dengan dengung..(Kadar 2 harakat)

Ok baik, macam yang saya beritahu kat atas tadi..Saya akan sertakan kat sini beberapa kesilapan yang sangat-sangat kerap berlaku..Kesalahan ni adalah pada surah-surah lazim dalam Juz 30..Jom kita tengok.


Kesilapan Biasa pada surah An-Nas :

Ok, kat bawah saya sertakan video dan juga surah yang berkenaan.



Ok, kebiasaannya pada surah An-nas, ramai yang membaca perkataan "Annas" yang ade pada setiap akhir ayat dalam surah ni TANPA dengung kadar 2 harakat..Betul tak?? Kalau betol tolong mengaku ye..:-) 

Ok, cuba dengar betol-betol bacaan Sheikh Mishary dalam video kat atas tu..Dia baca dengan menekan sedikit suara dan dengung kadar 2 harakat pada perkataan "annas"..Di situ ada berlaku hukum Ghunnah yang kita tengah belajar sekarang ni..Tak perlu la nak baca sedap macam dia ye..Saya pon tak harap macam tu..hehe..Cukupla sekadar kita dapat menunaikan semua hukum-hukum tajwid dengan sempurna..Insyaallah, bacaan tu akan sedap didengar..Ok, jom kita tengok surah seterusnya.


Kesilapan Biasa Pada Surah Al-Kauthar :



Ok, dalam surah ni pon kerap berlaku kesalahan hukum Ghunnah ni..Tengok perkataan pertama pada ayat pertama dan ketiga dekat perkataan "Inna"..Kita kerap tinggalkan hukum Ghunnah pada perkataan nih..Cuba dengar macam mana Sheikh Mishary baca dalam video tu..Dekat situ pon dia baca dengan menekan sedikit suara dan dengung kadar 2 harakat pada perkataan "Inna"..


Penutup :

Baiklah, sampai sini je untuk Hukum Ghunnah ni..Tolong perhatikan baik-baik bacaan anda pada surah-surah yang kita dah bincang dalam entry ni ye,.Kalau memang selama silap, betol-betolkan lah..Kalau selama ni memang dah betol bacaan tu..Alhamdulillah..

Saya harap entry saya ni dapat membantu org-org Islam yang memang berminat untuk belajar ilmu tajwid ni walaupon sedikit..Jumpa dalam entry yang akan datang..Salam..

P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.

P/s : Hukum Ghunnah ini juga dikenali sebagai Wajibul Ghunnah.

P/S: Boleh LIKE page TajwidSensei di Facebook untuk update2    terkini..http://www.facebook.com/TajwidSensei





SweetMuslimah.com

Khamis, 13 September 2012

Hukum Mim Mati Part 3 : Izhar Syafawi


Asaalamualaikum...Ni adalah entry yang terakhir untuk bab Mim Mati yek! Hari ni kurang sikit mood nak melalut..Bagus jugak, tak la panjang sgt post ni jadinya..:-)

Baiklah, tanpa melalut panjang..Jom kita mula!


Pengenalan Izhar Syafawi :


  • Izhar Syafawi adalah pertemuan diantara Mim Mati dengan kesemua huruf hijaiyyah melainkan huruf mim (م) dan ba (ب).
  • Ia dapat dikenali didalam Mushaf Uthmani dengan melihat pada Mim yang mempunyai tanda sukun diatasnya bertemu dengan kesemua huruf hijaiyyah yang berbaris melainkan huruf mim (م) dan ba (ب).  


Huruf-huruf Izhar Syafawi :

Ada 26 kesemuanya iaitu -  

ر
ذدخحجثتا
غ
عظطضصشس
ز
يهونلكق
ف


Contoh Izhar Syafawi :













Cara Bacaan Izhar Syafawi

Izhar bermaksud jelas..Dan kita pula dalam bab Mim Mati..Jadi rasanye dah boleh agak kan macam mana bacaan Izhar Syafawi ni?? :-) Maknanya kita mesti menzahirkan/menjelaskan bunyi Mim Mati tu..Jangan didengung atau diIdghamkan..Macam contoh pertama tu "An 'amta" mestilah dibaca dengan "An 'amta" juga..Boleh paham kan? Senang ye dak..:-)


Akhir kata:

Rasanya tak ada apa lagi saya nak tulis kat bawah ni..heheh..Sampai sini je untuk kali ni..Saya akan sambung lagi di entry yang akan datang (Dah macam rancangan TV pulak)..

P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.

P/S: Boleh LIKE page TajwidSensei di Facebook untuk update2    terkini..http://www.facebook.com/TajwidSensei




SweetMuslimah.com