Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Isnin, 10 September 2012

Hukum Mim Mati Part 2 : Idgham Syafawi



 Assalamualaikum...Erk,ape? Ape kena mengena gambar kat atas dgn hukum Idgham Syafawi? Owh..Memang tak de kena mengena sebenarnye..Saje saya nak cari publisiti murahan..Heheh

Ok baik, lupekan dulu pic kat atas tu k..:-) Untuk entry kali neh, saya akan terangkan dengan lebih terperinci tentang hukum Idgham Syafawi..Ok, untuk makluman..Idgham Syafawi dikenali dengan beberapa nama..Saya sertakan beberapa nama yang digunakan dibawah..Kalau ade yang tertinggal maafla ok..Saya manusia biase yang kurang serba serbi..:-)
  1. Idgham Syafawi
  2. Idgham Mislain Soghir
  3. Idgham Mimi

Ok, kat atas tulah beberapa nama yang digunakan untuk hukum Idgham Syafawi ni..Sekadar untuk pengetahuan, sebab agak ramai juga yang keliru..Ingat ye, nama je berbeza tapi hukumnye tetap sama..:-) 

Bagi saya, saya lebih suke menggunakan nama Idgham Syafawi..Kenapa? Sebab setiap nama yang digunakan ade sebabnye ye..Dan penggunaan nama akhir Syafawi dalam bab Mim Mati adalah kerana Syafawi bermaksud bibir, dan bibir adalah makhraj bagi huruf Mim..Kan ke lagi senang nak ingat ye tak? 

Rasenye tak perlu saya nak panjangkan entry ni dengan terangkan semua nama-nama Idgham ni kan..Baik, jom kita teruskan perbincangan kita! 


Pengenalan Idgham Syafawi :


  • Idgham Syafawi adalah pertemuan diantara Mim yang mati/sakinah dengan Mim yang berbaris.
  • Ia dapat dikenali dalam Mushaf Uthmani dengan melihat Mim yang tidak mempunyai baris atau apa-apa tanda diatasnya bertemu dengan Mim yang bersabdu/tasydid.


Huruf-huruf Idgham Syafawi :


1 sahaja iaitu Mim (م)



Contoh Idgham Syafawi :
























Cara Bacaan Idgham Syafawi : 

Dalam contoh diatas, kita boleh nampak tempat yang dibulatkan..Disitulah berlakunya Idgham Syafawi..Lafaz Mim mati perlu dibaca dengan cara memasuk/menggabungkan suara Mim mati itu kepada Mim yang berbaris (Bibir dirapatkan) beserta dengung..


Akhir Kata :

Sampai sini saje penerangan ringkas untuk hukum Idgham Syafawi ni..Pesanan saya, seperti selalu..Tolong belajar secara talaqqi dengan guru..Belajar dalam blog je tak cukup ok..

Ok, ape-ape pon terima kasih pada yang sudi menjenguk blog saya ni ye..Boleh like Fanpage saya untuk mengikuti update terbaru berkaitan tajwid dalam blog ni..:-)

Fanpage : http://www.facebook.com/TajwidSensei

Itu je untuk entry kali ni..Jumpe di FB k..Salam!

SweetMuslimah.com

Ahad, 9 September 2012

Hukum Mim Mati Part 1 : Ikhfa' Syafawi




  Assalamualaikum...Seperti yang saya janjikan..Saya akan sambung lagi pelajaran tajwid dalam blog ni dalam bab Mim Mati/Mim Sakinah..Hukum didalam bab Mim Mati ni ade 3 sahaja..Dan pada saya bab ni lebih mudah nak ingat berbanding bab Nun Mati dan Tanwin..:-) Ok, jom kite.


Hukum-hukum Dalam Bab Mim Mati :


  1. Ikhfa' Syafawi.
  2. Izhar Syafawi.
  3. Idgham Syafawi/Idgham Mislain Soghir/Idgham Mimi (Beghape banyak name da..).


Pengenalan :

  • Mim mati ni boleh dikenali dalam mushaf uthmani dengan melihat mim yang tak mempunyai apa-apa tanda diatasnya yang bertemu dgn huruf yang berbaris.
  • Kesemua hukum dalam bab Mim mati ini dikaitkan dgn nama syafawi adalah kerana syafawi tu bermaksud bibir dan makhraj Mim adalah dibibir..Boleh rujuk entry saya yang lepas berkaitan dgn makhraj huruf disini.

Ok, kat atas saya dah sertakan beberapa pengenalan ringkas berkaitan hukum Mim Mati neh..Jom kita sambung hukum dalam bab Mim Mati yang pertama iaitu Ikhfa' Syafawi..



Pengertian Ikhfa' Syafawi :

Sesape yang dah bace entry-entry saya yang lepas..mesti dah pon tau makne ikhfa'..Ape-ape pon yang namenye ikhfa', maksudnye tak lain tak bukan mestilah sembunyi..Cume yang berbeza adalah hukum ikhfa' tu ade dalam bab ape..Kalau dalam bab Nun mati/Tanwin, kita ada Ikhfa' Haqiqi dan dalam bab Mim mati pulak ada Ikhfa' Syafawi..

Tapi jgn ingat sume Ikhfa' tu same ye..Dah tentulah ade bezanya Ikhfa' dalam bab Mim mati dgn bab Nun mati/Tanwin..Maksud saya yang sama tu adalah cara menunaikan bacaan Ikhfa' tu..Dalam bab Nun mati/Tanwin yang perlu di Ikhfa'kan dah tentulah Nun mati/Tanwin tu..dan dalam bab Mim Mati pulak, Mim Mati tulah yang perlu di Ikhfa'kan..

Ok, ape yang kena sembunyikan tu?? Da ade pon kat atas..Dah tentulah lafaz/bunyi Mim mati tu kan..Dah name bab pon Mim mati..:-)



Huruf-huruf Ikhfa' Syafawi :

1 sahaje iaitu ba (ب).



Contoh Ikhfa' Syafawi :
















Cara Bacaan Ikhfa' Syafawi :

Dalam contoh kat atas tu kita boleh lihat tempat-tempat yang dimerahkan..Di situlah berlakunya Ikhfa' Syafawi..

Cara bacaanya adalah dengan menyembunyikan/Ikhfa' sedikit bunyi Mim mati tu beserta dengung..Bacaan Ikhfa' Syafawi ade persamaan dengan Iqlab iaitu dengan merenggangkan sedikit bibir semasa membunyikan Mim Mati itu beserta dengan dengung..



Kesimpulan : 

Cara bacaan Ikhfa' syafawi sama je dengan bacaan Hukum Iqlab iaitu dengan merenggangkan sedikit bibir semasa melafazkan Mim mati supaya Mim tu tidak dilafazkan dengan sempurna (Nilah yang dikatakan Ikhfa') beserta dengung..

Apa-apa pon, tolong rujuk bacaan anda dengan guru dulu ye..Sampai sini je untuk entry kali neh..Jumpe lagi dalam entry akan dtg..

Oh ye, saya baru je create 1 Facebook Fanpage untuk sape-sape yang berminat nak mengikuti pelajaran tajwid dalam blog nih...Pada yang berminat, boleh like Fanpage saya kat sini ye>>>>>>>>>>>>> http://www.facebook.com/TajwidSensei

Sekian..Salam..........


SweetMuslimah.com

Rabu, 5 September 2012

Hukum Izhar Mutlaq



 Assalamualaikum..Post pendek dan ringkas untuk hari ini..iaitu berkenaan dgn izhar mutlaq..

Agak ramai yang keliru ye perbezaan diantara Izhar Mutlaq dgn Idgham Maal ghunnah..Sebab keadaan berlaku Izhar Mutlaq ni kalau kite tgk sekali imbas mmg seaakan-akan Idgham Maal Ghunnah..

Ok baik, di bawah saya huraikan sedikit perbezaan, dan cara mengenal Izhar Mutlaq..


Keadaan berlaku :

Izhar Mutlaq berlaku apabila Nun Mati/Nun Sakinah bertemu dgn dua huruf iaitu wau (و) dan Ya (ي) didalam 1 kalimah..

Eh, bukan ke bila Nun mati berjumpe dgn wau (و) atau ya (ي) tu hukumnye Idgham Maal Ghunnah?? 

Haa..ni yang biasanya agak ramai yang keliru..Ok baik, mmg dalam bab hukum Idgham Maal ghunnah terdapat huruf wau (و) dan ya (ي)..Tapi, letakkan dalam kepale ye..Idgham Maal Ghunnah hanye berlaku dalam 2 kalimah sahaja..Sedangkan Izhar Mutlaq ini adalah pertemuan Nun Mati/Nun Sakinah dgn wau (و) dan Ya (ي) didalam 1 kalimah!

Ok, untuk memudah kan lagi paham..Saya sertakan dibawah beberapa ciri atau pengenalan tentang Izhar Mutlaq ni..
  • Ia hanya berlaku pada 4 perkataan sahaja didalam Al-quran iaitu بُنْيَان ,دُّنْيَا, قِنْوَانٌ, dan صِنْوَانٌ..
  •  Ia hanya berlaku dalam 1 perkataan/kalimah sahaja. 
 Harap penerangan saya tak terlalu berbelit la ye..:-) untuk mudah ingat..hafal je 4 perkataan yang saya bagi kat atas tu..Izhar Mutlaq cume ade dalam 4 perkataan tu aje..


Cara bacaan Izhar Mutlaq :

Nama nye pon Izhar kan..So, kita mesti baca dgn jelasla..Ape yang kene jelas tu? Jelaskan bunyi/bacaan Nun mati tu..sebagai contoh pada perkataan "Qinwaan", Baca dengan "Qinwaan" juga bukan "Qiwwaan"...


Sebab Izhar Mutlaq

Bacaan pada 4 perkataan ini ditetapkan dgn bacaan Izhar bukan Idgham adalah demi untuk menjaga makne asal perkataan dari berubah. Wallahu'alam


Akhir kata

Sampai sini je untuk entry kali ni..Seperti biase, tolong belajar secara talaqqi dgn guru..Belajar dengan membace sahaje tidak memadai..

Inshaallah saya akan sambung lagi hukum dalam bab Mim Mati dalam entry yang akan datang..Salam..

P/s : Share kat FB kalau suke ye..:-) TQ


SweetMuslimah.com