Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Jumaat, 2 Januari 2015

Hukum Mad Part 13 : Mad Lazim Harfi Mukhaffaf

Assalamulaikum... Sambung kita kali ni dalam bab Mad Lazim yang terakhir iaitu Mad lazim Harfi Mukhaffaf..





Pengenalan Lazim Harfi Mukhaffaf :



  • Mad Lazim Harfi Mukhaffaf berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli di dalam 1 perkataan.
  • Ia hanya terdapat pada awal surah sahaja.
  • Mukhaffaf bermaksud ringan dari sudut bahasa dan tanpa idgham dari sudut ilmu tajwid.




Contoh Mad Lazim Harfi Mukhaffaf :



Gambar contoh ini saya ambil dari contoh dalam bab Mad Lazim Harfi Muthaqqal. Boleh rujuk semula bab tu. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf berlaku pada huruf "Mim" kerana ia tanpa idgham dan Mad Lazim Harfi Muthaqqal pula berlaku pada huruf "Lam" kerana ia akan di idghamkan pada huruf "Mim" itu.

Boleh faham kan? Kalau tak berapa faham.Boleh rujuk semula bab Mad Lazim Harfi Muthaqqal.. Inshaallah akan lebih mudah faham nanti.. :-)





Cara Bacaan / Harakat Mad Lazim Harfi Mukhaffaf :

Dibaca kadar 6 harakat tanpa idgham.





Penutup :

Penerangan hukum ni lebih kurang sahaja dengan Mad Lazim Harfi Muthaqqal. Jadi sy tak terang detail sangat.. Jadi anda perlu tengok balik pada entri lepas ya. :-)

Sampai sini saja.. Jumpa di lain entri dan lain hari..

Semoga anda mendapat sedikit manfaat dari usaha kecil sy ni.. Dan sebar-sebarkanlah blog ni supaya ramai lagi yg boleh dapat manfaat yg sama.. :-)

Terima kasih singgah.. 

Assalamualaikum...


P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>>http://www.facebook.com/TajwidSensei




SweetMuslimah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan