Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Rabu, 5 November 2014

Hukum Mad Part 5: Mad Muttasil


Assalamualaikum.. Seterusnya.. Hukum mad yg berada di dlam golongan mad farie iaitu Mad Muttasil atau dikenali juga dengan nama Mad Wajib Muttasil.




Pengenalan Mad Muttasil :

Mad Muttasil berlaku apabila huruf mad bertemu dengan hamzah di dalam 1 kalimah. Ingat ye, dalam 1 kalimah. Kalau Mad Munfasil pula huruf mad bertemu dengan hamzah dalam 2 kalimah. Ramai yg keliru dekat sini. NOTE





Contoh Mad Muttasil :

contoh mad wajib muttasil

Ok, boleh tengok di bahagian yg warna merah tu adalah tempat berlaku Mad Muttasil. Senang je kan?





Cara Bacaan / Harakat Mad Muttasil :

Mad Muttasil di baca dengan kadar 4/5 harakat ketika wasal dan boleh di baca hingga 6 harakat ketika waqaf.






Penutup :

Baiklah sampai sini sahaja entry kali ni.. Fahamkan betul perbezaan antara Mad Munfasil dan Mad Muttasil ni. Fahamkan yg mana dikatakan 1 kalimah dan yg mana 2 kalimah.

Macam mana nak faham? Kena ruju' dengan guru ler.. :-)

Inshaallah jumpa lagi akan datang. Sila share dengan kawan2 eh kalau rasa entry ni berguna.. :-) Assalamualaikum.






SweetMuslimah.com

Selasa, 4 November 2014

Hukum Mad Part 4: Mad Munfasil

mad jaiz munfasil

  Assalamualaikum.. entry kali ini sy nak menjelaskan tentang hukum mad di dalam golongan mad far'ie. Kalau anda rujuk balik dalam entry hukum mad part 1 : Mas asli Mutlaq . Saya sudah pun menerangkan tentang 2 jenis mad ini. Iaitu Mad Asli dan Mad Far'ie.




Pengenalan Mad Munfasil :  

Mad Munfasil adalah mad yang berlaku dengan sebab hamzah. Iaitu apabila bertemu huruf mad dengan Hamzah di dalam 2 kalimah yg berbeza. Ia hanya berlaku ketika wasal shj. Ia juga dikenali sebagai Mad Jaiz Munfasil .





Contoh Mad Munfasil : 

contoh mad munfasil
Di atas anda boleh lihat pada huruf mad yg di merahkan iaitu huruf Alif di dalam 2 kalimah yg berbeza. Anda juga boleh rujuk gambar yg berada di awal entry ini.






Cara Bacaan / Harakat Mad Munfasil :

Mad munfasil dibaca dengan kadar 4/5 harakat.






Penutup :

Sampai sini shj entry kali ini, Inshaallah kita sambung lagi akan datang dengan hukum Mad Muttasil. Ia hampir sama dengan Mad Munfasil . Hampir je tapi tak serupa.. :-) Rasa kekok bila dah bertahun tak menulis ni. Entry pun dah tak banyak mengomel macam dulu. Maklumlah dah makin berumur :-)

Saya harap tulisan sy yg tak seberapa ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda semua. Kalau suka jemput2 la share dengan org lain di Facebook tu ye.. Sekian assalamualaikum.. :-)



P/s : Sila rujuk dengan guru anda.




SweetMuslimah.com

Rabu, 29 Oktober 2014

Al Quran Digital Dengan Qari Dari Malaysia.

Asslamualaikum..


Sekian lama tak diupdate blog ni..Inshaallah saya akan mula update semula bulan ini.. :-) Dan cuba sedaya upaya untuk habiskan kesemua bab tajwid yg tersisa.. Inshaallah..

Untuk entry kali ini, ada berita baik untuk anda yg berminat belajar membaca Al-quran. Saya sangat2 mengsyorkan anda dapatkan set Pakej Lengkap Belajar Al-Quran ini..

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk anda cepat belajar membaca Al-Quran.

Dan yg paling best, bacaan Al-quran nya adalah dari Qari tempatan (Malaysia)!

Di bawah ada saya sediakan video berkaitan set Al-quran ini untuk tontonan anda.

Dan jika anda mahu mengetahui lebih lanjut berkaitan set ini, Boleh Klik pada gambar banner di bawah video.

Sekian post untuk hari ini. Semoga ianya memberi sedikit manfaat dan kemudahan untuk anda belajar membaca Al-quran.. Amiiinn..