Assalamualaikum..
Sambung lagi bahagian Mad Fari'e dalam bab Mad Lazim..
- Mad lazim adalah mad yg berlaku disebabkan sukun asli. Iaitu apabilah huruf mad bertemu dengan sukun yg asli di dalam 1 kalimah atau huruf.
- Sukun asli bermaksud sukun yg asal.Bukan sukun yg didatangkan atas sebab waqaf.
- Ia dinamakan Mad lazim kerana sepakatnya para ulama' qurra tentang kadar harakatnya iaitu 6 harakat.
Mad Lazim pula terbahagi kepada 4. Iaitu :
- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
- Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
- Mad Lazim Harfi Muthaqqal
- Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
Dan dalam entri ni..Kita akan fokuskan pada Mad Lazim Kalimi Muthaqqal..
Pengenalan Mad Lazim Kalimi Muthaqqal :
- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal adalah apabila huruf mad bertemu dengan "sukun asli" di dalam 1 kalimah disertai dengan idgham (sabdu).
- Ia dapat dikenali dengan melihat pada huruf mad yang terdapat tanda "Panjang" di atasnya bertemu dengan huruf yang bersabdu di dalam 1 kalimah.
- Muthaqqal bermaksud berat dari sudut bahasa dan Disertai dengan Idgham dari sudut ilmu tajwid.
Contoh Mad Lazim Kalimi Muthaqqal :
Saya ambil contoh pada surah yang rasanya paling kerap dibaca dan sepatutnya semua org islam yang wajib solat menghafalnya.. :-)
Kedua-dua contoh pada 2 surah ini adalah pada tempat yg sy highlight.. Kita boleh nampak jelas huruf mad "Alif" bertemu dengan sukun asli.
Persoalannya..Di mana sukun aslinya? Yang kita nampak sekarang hanyalah huruf bersabdu.betul kan?
Pada asalnya perkataan (الضالين) pada surah Al-Fatihah adalah (الضا للين)..
Pada asalnya ia adalah huruf mad bertemu dengan huruf "lam" yang sukun dan huruf "lam" selepasnya berbaris bawah.
Kemuadian huruf "lam" yg sukun ini di idghamkan ke dalam huruf "lam" kedua.
Dan ia di idghamkan dan di satukan dengan tanda sabdu.
Jadi cara mudah mengenalnya adalah dengan melihat huruf mad bertemu dengan huruf yang bertanda sabdu.. Mudah kan??
Kadar harakat / cara bacaan Mad Lazim Kalimi Muthaqqal :
Panjang 6 harakat di sertai dengan Idgham.
Penutup :
Saya dah cuba terangkan dengan cara yang paling saya rasakan mudah.. Harap senang lah nak faham ok :-)
Tolong rujuk dengan guru masing2 ..
Sekian saja..Moga usaha saya yg tak seberapa ni dapat memberi sedikit manfaat kepada anda semua..Inshaallah..
Assalamualaikum..
P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>>http://www.facebook.com/TajwidSensei
"Mad Lazim Kalimi Muthaqqal adalah apabila huruf mad bertemu dengan "hamzah" di dalam 1 kalimah disertai dengan idgham."
BalasPadamAssalamualaikum ustaz, sy nak tnya ni... bertemu dgn hmzah ke, bertemu sabdu..sy keliru...hehe
Silap sikit dekat situ. Mad bertemu dengan sukun asli. Mad bertemu sabdu pun betul juga.
PadamPenerangan simple dia mad bertemu sabdu. Kalau yang in depth sikit, mad bertemu sukun asli.
Wallahualam.
Alhamdulillah .. terima kasih atas penjelasan
BalasPadamHarrah's Resort Casino Hotel Las Vegas - Mapyro
BalasPadamFind Harrah's Resort Casino Hotel Las Vegas, Nevada, United States, 08401 location. Map icon 공주 출장안마 United 포천 출장마사지 States of America. 화성 출장안마 Hotel. Address: 777 Harrah's Blvd S, Las Vegas, NV 89109. Rating: 광주 출장마사지 4 · 제천 출장마사지 1,566 reviews