Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Selasa, 28 Ogos 2012

Hukum Nun Mati / Nun Sakinah dan Tanwin Part 2 : Idgham Maal Ghunnah dan Bila Ghunnah



  Assalamualaikum..Salam lebaran untuk sesiapa yg tengah membace blog neh..Yelah, hari ni dah masuk hari ke 9 kite menyambut lebaran..Alhamdulillah, dapat juga kesedaran ye nak belajar tajwid lepas ramadhan..Awat? banyak kena teguq ka masa tadarrus? hehe.. Jgn amek hati ye..Just kidding!


Ok, untuk hari ni..Saya akan menerangkan dgn lebih terperinci 1 lg hukum dalam bab Nun Mati dan Tanwin..Iaitu, Idgham..


Idgham :

Ape maksud Idham ni? Ok, Idgham bermaksud memasukkan atau menggabungkan..

Ape yg nak dimasuk dan digabunggangkan neh? Maksudnye, kite perlu menggabungkan atau memasukkan bunyi/suara huruf yg sukun/mati kedalam huruf yg berbaris..



Huruf-Huruf Idgham :

Idgham mempunyai 6 huruf semuanye iaitu : Ya, wau, mim, nun, lam dan ra' 

6 Huruf Idgham





Ok, kita dah tengok ape die yg dikatan sebagai idgham ni..Tp, Idgham dalam bahagian Nun mati dan Tanwin ni pulak terbahagi kepada 2.. Jom sambung kat bwh!

(Untuk pengetahuan, idham juga terdapat dalam bab lain selain nun mati dan tanwin..Kita akan belaja kemudian ok)




Pembahagian Idgham :  

Idgham terbahagi kepada 2 Iaitu:

1) Idgham Maal Ghunnah

2) Idgham Bila Ghunnah 


Ok, walaupon 2 jenis idgham ni mempunyai nama akhir yg berbeza..Tp, konsepnye tetap sama..Iaitu memasukkan atau menggabungkan..Cume ade sedikit perbezaan cara bacaan diantara due jenis Idhgam ini..Saya akan jelaskan dgn lebih terperinci kat bawah k..






Idgham Maal Ghunnah :

Pengertian - Idgham Maal ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin kedalam huruf Idgham Maal Ghunnah BESERTA dengung.


Huruf-huruf Idgham Maal Ghunnah ade 4 iaituMim (م), Nun (ن), Wau (و), dan Ya' (ي)


Contoh-contoh Idgham Maal Ghunnah boleh tengok gmbar dibawah.



Tempat yg dihighlightkan (bahase ape neh) tu la yang mane berlakunya Idgham Maal Ghunnah..Suara Nun mati/Tanwin mestilah dimasukkan kedalam huruf Idgham Maal Ghunnah beserta dengung..Boleh paham?

Seperti dalam contoh yg pertama tu "Hisaa ban yasiran" mestilah dibace dgn "Hisaa bayYasiran"..Dalam contoh terakhir "Khairun wa abqa" mestilah dibaca dgn "KhairuwWa abqa" (Tolong rujuk dgn guru..Jgn main belasah aje ye)






Idgham Bila Ghunnah :

Pengertian - Idgham Bila Ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin kedalam huruf Idgham Bila Ghunnah TANPA dengung.

Huru-huruf Idgham Bila Ghunnah ade 2 iaitu -  Lam (ل) dan Ra' (ر)

Contoh-contoh Idgham Bila Ghunnah boleh tengok gambar dibawah.



 Seperti biase, tempat yang dihighlight yang mane berlakunya Idgham Bila Ghunnah..Suara Nun mati/Tanwin mestilah dimasukkan kedalam huruf Idgham Bila Ghunnah tanpa dengung dgn care melenyapkan bunyi Nun mati/Tanwin..

Contoh pertama "Tawwaaban Rahiiman" mestilah dibaca dgn "Tawwaabar Rahiiman" dan Contoh kedua "BiMu'minin Lanaa" mestilah dibaca dgn "Bimu'minil Lanaa




Kesimpulan :

Kedua-dua jenis Idgham diatas menggunakan konsep yg sama iaitu memasuk/menggabungkan suara Nun mati/Tanwin kedalam huruf-huruf Idgham..Perbezaan bacaan diantara due Idgham ini ialah Idgham Maal Ghunnah dibaca dgn idgham BESERTA dengung dan Idgham Bila Ghunnah pula dibaca dengan Idgham TANPA dengung.

Alhamdulillah, siap jugak entry neh..dah sebulan teperap dalam draft sebenarnye..:-) Harap dapatlah kita sedikit manfaat dari blog saya ni ye..Jumpe lg dalam entry akan dtg! :-) Salam

P/S : Tolong bertalaqi dgn guru..Bahan bacaan hanyalah untuk rujukan sahaja. 

P/S : Idgham Maal Ghunnah juga dikenali sebagai Idgham Bi Ghunnah..Hukum yang sama cume nama berbeza..wallahua'lam

SweetMuslimah.com

6 ulasan: