Khamis, 27 November 2014

Hukum Mad Part 12 : Mad Lazim Harfi Muthaqqal



Assalamualaikum...



  Alhamdulillah..Tak tahu kenapa, tapi sy rasa pagi ni betul2 indah..Pagi Jumaat 28 November..Kenapa ye? :-)

Dah2..Jangan senyum lama sangat..Maksud sy indah sebab malam td hujan lebat..cuaca pagi ni agak nyaman sikit dari biasa.. :-)

Ok, sambung lagi kita dalam bab Mad Lazim Harfi Muthaqqal..Lebih kurang juga sebab berlakunya Mad Lazim Harfi dengan Mad Lazim Kalimi ni..

Keduanya sama, iaitu huruf mad bertemu dengan sukun asli..Cuma bezanya Mad Lazim Kalimi pertemuan itu berlaku dalam 1 kalimah dan Mad Lazim Harfi pula pertemuan tu berlaku dalam 1 huruf..








Penerangan Mad Lazim Harfi Muthaqqal :


  • Mad Lazim Harfi Muthaqqal berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli di dalam 1 kalimah/perkataan.
  • Ia hanya terdapat pada awal surah sahaja.
  • Muthaqqal bermaksud berat dari sudut bahasa dan Disertai dengan Idgham dari sudut ilmu tajwid.








Contoh Mad Lazim Harfi Muthaqqal :





Ok, berpandukan contoh di atas.. Pada ayat pertama iaitu Alif Lam Mim .. Di manakah berlakunya huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam 1 kalimah tu?


Macam ni...



اَلِفْ لَامْ مِيمْ - Beginilah keadaan sebenar perkataan Alif Lam Mim tu.. Mad lazim Harfi Muthaqqal adalah pada huruf "Lam".. 

Kita boleh tengok pada keadaan sebenar dia, huruf "Lam" selepasnya ada huruf mad iaitu "Alif"..
Dan huruf mad itu bertemu dengan "Mim" yg bersukun asli.. Ianya pula berlaku di dalam satu kalimah.. (Alif Lam Mim)..

Ok..tapi tang mana yg  disertai dengan Idgham tu? 

Baik, huruf "Mim" yg sukun tu pula bertemu dengan "Mim" yg berbaris..Apa hukum die "Mim mati" bertemu dengan "Mim" ? Idgham Syafawi.. 

Jadi, kat situlah yang dikatakan disertai dengan Idgham.. Ia di baca dengan dengung sekali ya.. Sama dengan bacaan Idgham Syafawi di situ.

Dan pada huruf terakhir pada perkataan Alif Lam Mim tu pula iaitu "Mim" .. Ia adalah Mad Lazim Harfi Mukhaffaf. Kita akan sambung bab tu akan datang. Inshaallah..



Kesimpulan : 

اَلِفْ - Dibaca 1 harakat.

لَامْ- Panjang 6 harakat dan di idgham kan kepada مِ

مِيمْ - Panjang 6 harakat tanpa Idgham.







Cara Bacaan dan Harakat Mad Lazim Harfi Muthaqqal :

Ia dibaca kadar 6 harakat beserta idgham.







Penutup :

Sebelum tulis entri ni..Saya rasa pagi sy sangat indah..Tapi bila dah start tulis separuh..Saya rasa macam pagi ni dah tak berapa indah.. :-)

Bukan apa, pening sikit pikir nak terangkan macam mana la cara yg senang org faham.. Kang tersalah faham jadi ajaran sesat pulak.. :-)

Sebab tu lah belajar mesti berguru.. Pergilah cari mana2 guru yg berdekatan anda ya.. :-)

Sampai sini saja.. Jumpa di lain entri dan lain hari..

Semoga anda mendapat sedikit manfaat dari usaha kecil sy ni.. Dan sebar-sebarkanlah blog ni supaya ramai lagi yg boleh dapat manfaat yg sama.. :-)

Terima kasih singgah.. Sila datang lagi ya.. (macam kedai makan lak)

Assalamualaikum...


P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>>http://www.facebook.com/TajwidSensei



SweetMuslimah.com

Rabu, 26 November 2014

Hukum Mad Part 11 : Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf



Assalamualaikum....

Selamat malam semua..(sy tulis ni waktu malam) ...Alhamdulillah sambung lagi dalam bab Mad Lazim dalam hukum Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf..





Pengenalan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf :

  • Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf berlaku apabila huruf mad bertemu dengan "sukun asli" di dalam 1 kalimah tanpa Idgham. (Sukun asli bermaksud sukun yg memang terdapat pada perkataan tersebut.Bukan sukun yg datang disebabkan waqaf)
  • Ia dapat di kenali dengan melihat pada huruf mad yg terdapat tanda "panjang" di atasnya bertemu dengan huruf yang sukun di dalam 1 kalimah.
  • Mukhaffaf bermaksud ringan dari sudut bahasa dan tanpa Idgham dari sudut ilmu tajwid.






Contoh Mad lazim Kalimi Mukhaffaf :



Perhatian : Mad Lazim kalimi Mukhaffaf hanya berlaku pada kalimah/perkataan ini sahaja dalam Al-quran. 


Boleh lihat contoh pada bahagian yg di highlight .. Kat situ huruf mad iaitu "Alif" bertemu dengan huruf "Lam" yang mati\sukun di dalam 1 kalimah.

Pada yg masih blur and tak faham lagi tentang sukun asli.. Cuba lihat pada huruf "Lam" yg sukun tu..

Ia tetap dibaca dengan sukun walau apapun terjadi.kita wasal atau waqaf, Ia tetap sukun..

Kalau sukun yg tak asli atau mendatang pula macam perkataan last sekali pada contoh kat atas ni iaitu "Tasta'jiluunnn" ..

Huruf "nun" di situ akan kita mati/sukunkan bila kita berhenti. Dan sukun kat situ tak asli sebab pada asalnya huruf "Nun" itu berbaris..Ia cuma disukunkan bila waqaf/berhenti shj..









Cara bacaan / Kadar harakat Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf :


Di baca dengan kadar 6 harakat tanpa Idgham.







Penutup :

Perbezaan antara Mad Lazim Kalimi Muthaqqal dan Mukhaffaf ni 1 je.. Iaitu Muthaqqal disertai dengan Idgham dan Mukhaffaf pula tak ada Idgham..

Harap mudah faham lah cara saya terangkan ni.. Susah sikit terangkan dalam tulisan ni.. Bercakap jugak lg senang.. :-) 

Apa2 pun mesti berlaqqi dengan guru tau.. Saya doakan usaha anda mempelajari Al-quran diberi ganjaran besar dari Allah,, Amiinnn

Jangan lupa belajar berdepan dengan guru.. :-)


P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>>http://www.facebook.com/TajwidSensei


                                       
SweetMuslimah.com

Selasa, 25 November 2014

Hukum Mad Part 10 : Mad Lazim Kalimi Muthaqqal


Assalamualaikum..


Sambung lagi bahagian Mad Fari'e dalam bab Mad Lazim..

  1. Mad lazim adalah mad yg berlaku disebabkan sukun asli. Iaitu apabilah huruf mad bertemu dengan sukun yg asli di dalam 1 kalimah atau huruf.
  2. Sukun asli bermaksud sukun yg asal.Bukan sukun yg didatangkan atas sebab waqaf.
  3. Ia dinamakan Mad lazim kerana sepakatnya para ulama' qurra tentang kadar harakatnya iaitu 6 harakat.

Mad Lazim pula terbahagi kepada 4. Iaitu :


  1. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
  2. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
  3. Mad Lazim Harfi Muthaqqal
  4. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf



Dan dalam entri ni..Kita akan fokuskan pada Mad Lazim Kalimi Muthaqqal..






Pengenalan Mad Lazim Kalimi Muthaqqal :


  • Mad Lazim Kalimi Muthaqqal adalah apabila huruf mad bertemu dengan "sukun asli" di dalam 1 kalimah disertai dengan idgham (sabdu).
  • Ia dapat dikenali dengan melihat pada huruf mad yang terdapat tanda "Panjang" di atasnya bertemu dengan huruf yang bersabdu di dalam 1 kalimah.
  • Muthaqqal bermaksud berat dari sudut bahasa dan Disertai dengan Idgham dari sudut ilmu tajwid.







Contoh Mad Lazim Kalimi Muthaqqal :



















Saya ambil contoh pada surah yang rasanya paling kerap dibaca dan sepatutnya semua org islam yang wajib solat menghafalnya.. :-)


Kedua-dua contoh pada 2 surah ini adalah pada tempat yg sy highlight.. Kita boleh nampak jelas huruf mad "Alif" bertemu dengan sukun asli.

Persoalannya..Di mana sukun aslinya? Yang kita nampak sekarang hanyalah huruf bersabdu.betul kan?

Pada asalnya perkataan  (الضالين) pada surah Al-Fatihah adalah  (الضا للين)..

Pada asalnya ia adalah huruf mad bertemu dengan huruf  "lam" yang sukun dan huruf  "lam" selepasnya berbaris bawah. 

Kemuadian huruf "lam" yg sukun ini di idghamkan ke dalam huruf "lam" kedua.

Dan ia di idghamkan dan di satukan dengan tanda sabdu.

Jadi cara mudah mengenalnya adalah dengan melihat huruf mad bertemu dengan huruf yang bertanda sabdu.. Mudah kan??






Kadar harakat / cara bacaan Mad Lazim Kalimi Muthaqqal :

Panjang 6 harakat di sertai dengan Idgham.








Penutup :

Saya dah cuba terangkan dengan cara yang paling saya rasakan mudah.. Harap senang lah nak faham ok :-)

Tolong rujuk dengan guru masing2 ..

Sekian saja..Moga usaha saya yg tak seberapa ni dapat memberi sedikit manfaat kepada anda semua..Inshaallah..

Assalamualaikum..




P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>>http://www.facebook.com/TajwidSensei




SweetMuslimah.com

Selasa, 18 November 2014

Hukum Mad Part 9 : Mad Silah Kubra



  Assalamualaikum... Selamat pagi.. Kalau anda baca ni waktu pagi lah ye :-) .. Kita sambung lagi bab Mad.. Entry kali ni kita cerita tentang Mad Silah Kubra atau dikenali juga dengan nama Mad Silah Thowilah.. Jom





Pengenalan Mad Silah Kubra :

  • Mad Silah Kubra hanya berlaku pada Ha' Dhomir, Ha' Kinayah atau lagi senang faham Ha' Simpul (ه).
  • Ha' simpul itu mestilah terletak diantara 2 huruf yg berbaris.
  • Mad Silah Kubra dapat dikenali di dalam Al-quran Rasm Uthmani dengan melihat pada Ha' Simpul yang mempunya "Wau" atau "Ya" kecil beserta tanda mad di atasnya. (Tanda panjang)
  • Mad Silah Kubra hanya berlaku ketika mewasalkan bacaan shj.
  • Ia berlaku apabila Ha' Simpul bertemu dengan huruf Hamzah.




Contoh Mad Silah Kubra :



Perhatikan betul2..ada 2 jenis tanda saya letak pada contoh kat atas. 1 bentuk empat segi warna merah dan 1 lagi highlight warna merah muda. (ada ke nama warna macam tu?)


Highlight warna merah muda tu lah tempat berlaku Mad Silah Kubra..Perhatikan semua sifat yang ada di bahagian pengenalan ada di situ.

- Berlaku pada Ha' Dhomir.

- Ha' Dhomir terletak di antara 2 huruf yg berbaris.

- Ha' Dhomir itu bertemu dengan huruf hamzah.


Dan pada tanda bentuk empat segi tu pula adalah Mad Silah Sugra ..Rasanya tak perlu sy terangkan lagi. Boleh rujuk semula di entry yang lepas >> Hukum mad Part 2 : Mad Silah Sugra






Kadar Harakat Mad Silah Kubra :

4 atau 5 harakat.







Penutup :

Banyak yang keliru antara Mad Silah Sugra dan Mad Silah Kubra ni. Tapi, sebenarnya tak perlu pikir banyak2 sgt. Ada 2 shj beza dia.

- Mad Silah Sughra selepas "Ha'" tu tak berjumpa dengan Hamzah, dan Mad Silah Kubra pula sebaliknya.

- Mad Silah Sughra boleh dikenali di dalam Al-quran Rasm Uthmani dengan tanda "Wau" atau "Ya" kecil selepas Ha' simpul. Mad Silah Kubra pun serupa juga cuma ada penambahan tanda mad/panjang di atasnya.



Sekian sampai sini sahaja post kali ni..Moga usaha kecil sy ini dapat memberi sedikit manfaat pada anda.. :-)

Jumpa lagi...Assalamualaikum..


P/S : Like FanPage saya kalau berminat nak mengikuti update terkini dari Tajwid Sensei >>>http://www.facebook.com/TajwidSensei




SweetMuslimah.com

Ahad, 16 November 2014

Hukum Mad Part 8 : Mad Badal

Assalamualaikum...

Untuk post kali ni, kita sambung dengan hukum yang simple, ia seakan Mad Asli. tapi tak serupa dari segi sebab kejadiannya. Kadar harakatnya sahaja serupa. :-) Ia adalah Mad Badal.




Pengenalan Mad Badal :

- Badal bermaksud tukar. apa yang di tukarkan? pada asalnya Mad Badal adalah adalah huruf hamzah bertemu dengan hamzah yg mati di dalam 1 kalimah. Dan kaedah dalam bahasa arab di tukarkan hamzah kedua yg mati tadi kepada huruf mad.

- Ia ditukarkan mengikut baris hamzah yg pertama, jika hamzah pertama berbaris atas, maka hamzah kedua tu ditukar kepada "Alif", jika hamzah pertama berbaris bawah, maka ditukar hamzah kedua dengan huruf "Ya" dan jika hamzah pertama berbaris hadapan, maka ditukar hamzah kedua kepada huruf "Wau".

 ءأمنوا hamzah pertama berbaris atas, jadi di tukar hamzah kedua kepada huruf mad "alif" آمنوا 


 إئمانا hamzah pertama berbaris bawah, jadi ditukar hamzah kedua kepada huruf mad "ya" إيمانا 


 أؤتوا hamzah pertama berbaris hadapan, jadi tukar hamzah kedua kepada huruf mad "wau"  أوتوا

- Cara mengenalnya dengan mudah di Al-quran Rasm Uthmani adalah apabila "Hamzah " bertemu dengan mana2 huruf mad "alif, wau atau ya"



Contoh Mad badal :




contoh mad badal 1

Contoh pada "alif"


contoh mad badal 2

Contoh pada "ya"



contoh mad badal 3

Contoh pada "wau"






Kadar harakat Mad Badal :

Di baca dengan kadar 2 harakat.







Penutup : 

Bagi saya, cukuplah sekadar ingat yang mana Mad Badal tu apbila "Hamzah" bertemu dengan huruf mad. Lebih mudah kan?

Baiklah sampai sini sahaja. Semoga entry ini sedikit sebanyak dapat mebantu anda memahami Tajwid dengan mudah.

Jumpa lagi akan datang. jangan lupa share2 di Facebook tu ok :-)

Assalamualaikum..


Fanpage : https://www.facebook.com/TajwidSensei



SweetMuslimah.com

Jumaat, 14 November 2014

Hukum Mad Part 7 : Mad Lin



Assalamualaikum..Selamat bercuti hujung minggu. :-) Harini kita sambung dengan 1 lagi hukum yang mana sebab berlakunya sama dengan Mad Arid Lissukun iaitu di sebabkan sukun yg mendatang .Tetapi ada sedikit perbezaan antara keduanya..



Pengenalan Mad Lin : 

- Ia berlaku apabila sifat lin bertemu dengan sukun yg mendatang.

- Apakah dia sifat lin? sifat lin adalah sifat yg lembut bacaannya. Ia berlaku apabila huruf "Wau" atau "Ya" yg sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas.

- Apakah dia sukun yang mendatang? Sukun yg mendatang adalah sukun yg kita datangkan ketika waqaf. Yang mana huruf akhir itu asalnya berbaris.

- Ia hanya berlaku ketika waqaf sahaja.






Contoh Mad Lin : 


contoh mad lin


Pada tempat yg dibulatkan tu kita boleh tengok sifat lin bertemu dengan sukun yg mendatang

Apa dia sifat lin dan sukun mendatang tu? Boleh tengok bahagian pengenalan Mad Lin kat atas.






Cara Bacaan / Harakat Mad Lin :

Mad lin dibaca dengan cara lembut kadar 2,4,6 harakat.







Penutup :

Tamat sudah. Rasanya senang je nak faham Mad Lin ni. Mesti rujuk dengan guru cara sebutannya ya..

Jika anda suka dengan entry ni.Share2 lah di fb tu.. :-) Jumpa lagi akan datang.. Assalamualaikum


Fanpage : https://www.facebook.com/TajwidSensei




SweetMuslimah.com

Ahad, 9 November 2014

Hukum Mad Part 6 : Mad Arid Lissukun




Assalamualaikum,.Hari ni kita sambung pula dengan hukum mad yg berlaku dengan sebab sukun yg mendatang. Iaitu Mad Aridh Lissukun. 





Pengenalan Mad Arid Lissukun : 

Mad Aridh Lissukun adalah mad yg berlaku apabila huruf mad iaitu Alif, Wau dan Ya bertemu dengan sukun/mati yg mendatang. 

Apakah dia mati yang mendatang ni? Ia adalah mati/sukun yang kita datangkan pabila waqaf. Boleh tengok contoh di bawah. :-)





Contoh Mad Arid lissukun :

Contoh Mad Arid Lissukun

Saya ambil contoh pada surah Al-Fatihah. Rasanya lebih mudah sebab semua org Islam mesti dah hafal surah ni kan.

Yang bahagian sy highlight adalah di mana berlaku Mad Aridh Lissukun. 

Boleh perhatikan setiap huruf akhir sebelumnya ada huruf mad.

Bila kita waqafkan atau berhenti, Kita akan datangkan sukun/mati pada huruf terakhir tu. (Yang mana asalnya berbaris)

Itulah maksudnya huruf mad bertemu dengan sukun yg kita datangkan ketika waqaf.

Kalau wasal macam mana? Baca macam mad asli sahaja.






Cara Bacaan / Harakat Mad Arid Lissukun :

Mad Aridh Lissukun dibaca dengan kadar 2\4\6 harakat. Ikut kelajuan bacaan anda.






Penutup

Samapai sini sahaja, rasanya sy dah cuba huraikan dengan cara yg paling tadika sekali. :-)
Harap senang difahami.

Apa-apa pun mesti rujuk dengan guru.gunakan blog ni sebagai bahan ulangkaji shj..

Jangan lupa LIKE fanpage kat bawah tu ye.. :-)

Jumpa lagi di entry akan datang.. Assalamualaikum.. 





SweetMuslimah.com

Rabu, 5 November 2014

Hukum Mad Part 5: Mad Muttasil


Assalamualaikum.. Seterusnya.. Hukum mad yg berada di dlam golongan mad farie iaitu Mad Muttasil atau dikenali juga dengan nama Mad Wajib Muttasil.




Pengenalan Mad Muttasil :

Mad Muttasil berlaku apabila huruf mad bertemu dengan hamzah di dalam 1 kalimah. Ingat ye, dalam 1 kalimah. Kalau Mad Munfasil pula huruf mad bertemu dengan hamzah dalam 2 kalimah. Ramai yg keliru dekat sini. NOTE





Contoh Mad Muttasil :

contoh mad wajib muttasil

Ok, boleh tengok di bahagian yg warna merah tu adalah tempat berlaku Mad Muttasil. Senang je kan?





Cara Bacaan / Harakat Mad Muttasil :

Mad Muttasil di baca dengan kadar 4/5 harakat ketika wasal dan boleh di baca hingga 6 harakat ketika waqaf.






Penutup :

Baiklah sampai sini sahaja entry kali ni.. Fahamkan betul perbezaan antara Mad Munfasil dan Mad Muttasil ni. Fahamkan yg mana dikatakan 1 kalimah dan yg mana 2 kalimah.

Macam mana nak faham? Kena ruju' dengan guru ler.. :-)

Inshaallah jumpa lagi akan datang. Sila share dengan kawan2 eh kalau rasa entry ni berguna.. :-) Assalamualaikum.






SweetMuslimah.com

Selasa, 4 November 2014

Hukum Mad Part 4: Mad Munfasil

mad jaiz munfasil

  Assalamualaikum.. entry kali ini sy nak menjelaskan tentang hukum mad di dalam golongan mad far'ie. Kalau anda rujuk balik dalam entry hukum mad part 1 : Mas asli Mutlaq . Saya sudah pun menerangkan tentang 2 jenis mad ini. Iaitu Mad Asli dan Mad Far'ie.




Pengenalan Mad Munfasil :  

Mad Munfasil adalah mad yang berlaku dengan sebab hamzah. Iaitu apabila bertemu huruf mad dengan Hamzah di dalam 2 kalimah yg berbeza. Ia hanya berlaku ketika wasal shj. Ia juga dikenali sebagai Mad Jaiz Munfasil .





Contoh Mad Munfasil : 

contoh mad munfasil
Di atas anda boleh lihat pada huruf mad yg di merahkan iaitu huruf Alif di dalam 2 kalimah yg berbeza. Anda juga boleh rujuk gambar yg berada di awal entry ini.






Cara Bacaan / Harakat Mad Munfasil :

Mad munfasil dibaca dengan kadar 4/5 harakat.






Penutup :

Sampai sini shj entry kali ini, Inshaallah kita sambung lagi akan datang dengan hukum Mad Muttasil. Ia hampir sama dengan Mad Munfasil . Hampir je tapi tak serupa.. :-) Rasa kekok bila dah bertahun tak menulis ni. Entry pun dah tak banyak mengomel macam dulu. Maklumlah dah makin berumur :-)

Saya harap tulisan sy yg tak seberapa ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda semua. Kalau suka jemput2 la share dengan org lain di Facebook tu ye.. Sekian assalamualaikum.. :-)



P/s : Sila rujuk dengan guru anda.




SweetMuslimah.com