Isnin, 3 September 2012

Hukum Nun Mati / Nun Sakinah dan Tanwin Part 4 : Ikhfa' Haqiqi



 Assalamualaikum..Alhamdulillah, semakin kerap saya update blog kebelakangan nih..:-) Saya target untuk habiskan 3 bab sekurang-kurangnya sampai hujung tahun ni..Inshaallah..Jom kita!

Ok, baik..Untuk entry kali neh, saya nak terangkan tentang hukum Ikhfa' Haqiqi..Ini adalah post terakhir saya untuk bab Nun Mati dan Tanwin..Untuk mudah mengingat, saya syorkankan menghafal setiap hukum mengikut bab.Sebab setiap title post saya dimulakan dgn nama bab diselangi dgn nama hukum..Lebih mudah untuk ingat dgn cara macam tu..Baik, tanpa membuang mase dan memenuhkan entry ni dgn bende yang tak patut..Jom kite mula! 


Maksud Ikhfa' Haqiqi

Ape maksud Ikhfa' ni? Saya dah pon terangkan secare ringkas maksud Ikhfa' dalam post sebelum ni, tapi tak pe..Saya akan cube terangkan sejelas-jelasnya di entry nih.. :-)

Ikhfa' bermaksud sembunyi..Maksudnya lebih kurang membuat sebutan pertengahan diantara Idgham (Gabung) dan Izhar (Jelas)..Gabung pon tak, Jelas pon tak..Ok? Pening? jangan pening dulu..Inshaallah akan paham sikit di penghujung post ni..;-)


Huruf-huruf Ikhfa'

Ada 15 iaitu :

 ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك



Contoh Ikhfa'




































Cara Bacaan Ikhfa' Haqiqi :

Seperti yang saya dah beritahu diatas secara ringkas, cara bacaan ikhfa' adalah ditengah-tengah diantara Idgham dan Izhar..

Sebagai contoh..Cuba tengok pada contoh terakhir pada huruf (ج) Bacaan "Bi Khalqin Jadidin" mestilah dibaca dengan "Bi Khalqink Jadidin"..Sebenarnya agak mustahil untuk saya mengejanye dalam rumi..:-) Tapi takpe, kat bawah saya sertakan sedikit panduan dan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan semasa melaksanakan bacaan Ikhfa' neh..

  • Hujung lidah mestilah dikawal supaya tak menyentuh gusi depan sebelah atas..Kerana disitulah tempatnye makhraj Nun..Bunyi Nun/Tanwin td akan menjadi jelas jika hujung lidah menyentuh gusi depan sebelah atas sedangkan bacaan jelas adalah untuk Izhar.
  • Pastikan juga tidak ade unsur gabungan Nun/tanwin dengan huruf selepasnya kerana Ikhfa' adalah sebutan pertengahan.


Dan sekadar tambahan (Pada yang amatur, tak perlu nak tambah keserabutan dan perasaan rendah diri anda..Abaikan bahagian ni), sebab ade juga sesetengah orang yang bertanya tentang bacaan ikhfa' yang tebal (Tafkhim) dan nipis/ringan (Tarqiq)
  • Tafkhim : Cara bacaannye adalah dengan menebalkan sedikit dengung apabila Nun mati/Tanwin berjumpa dgn huruf Ikhfa' yang terdiri daripada huruf-huruf isti'la iaitu ص , ض , ط , ظ , ق
  •  Tarqiq : Cara bacaanye adalah dengan meringan/menipiskan dengung apabila Nun mati/Tanwin berjumpe dengan huruf-huruf Ikhfa' yang terdiri dari huruf Istifal..Huruf-huruf istifal adalah kesemua huruf hujaiyah melainkan huruf Isti'la.


Akhir kata

Ok, baik..harap bolehla paham ye bahagian ni..Habis juga akhirnya bab Nun Mati dan tanwin neh..:-) ..Tajwid ni mudah sebenarnye..Kalau nak senang ingat..Buat 3 perkara neh inshaallah ingat..
  1. Buat nota ringkas sendiri and baru mula menghafal..Sebab menghafal tulisan sendiri lagi mudah..Tak caye cubela..:-)
  2. Setiap kali baca Al-quran tu cube keluarkan sekali hukum tajwid yang ade.Buat selalu.
  3. Yang terakhir, ajar org..Tak perlu jd ustaz atau ustazah pon nak ajar org neh..Ajar je adik,anak or anak jiran pon takpe..Inshaallah lebih lekat di ingatan!

Amalkan apa yang saya beritahu ni..lepas sebulan dua..mesti mantap :-)..Apa-apa pon..yang paling penting..Sebelum anda nk menghafal atau mempraktikkan tajwid ni..Tolong belajar secare berdepan dengan guru! Bahan bacaan saje tak cukup..

Ok, sampai sini saje..jangan lupe share post/blog ni kat FB tu ye..:-) Jumpe lagi dalam bab seterusnye (Mim mati) akan datang! Salam.



SweetMuslimah.com

12 ulasan:

  1. BAGAIMANA HENDAK TAHU ITU HUKUMNYA ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba baca dari part 1.inshaallah lagi mudah paham.

      Padam
    2. Apabila nun mati @ tanwin bertemu dgn 15 huruf ikhfak...cth klu Quran yg berwarna....nun x ada tanda sukun datasnya...tanwin dua baris data's puladn dua baris d bwh sedikit condong....Dua baris d depan adalah 99....😊

      Padam
  2. terima kasih atas ilmu ini. moga diramati allah. dan kami mendapat keberkatan dari ilmu anda, amin.

    BalasPadam
  3. Puan/Cik Fatin Afrina, untuk mengetahui hukum-hukumnya kita perlulah belajar mengenai tajwid dan hukum-hukumnya dengan berguru.

    BalasPadam
  4. saya nak tahu ejaan nama nama hukum tajwid seperti ikhfa hakiki , izhar halki dalam bahasa jawi

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Ilmu sangat bermanfaat.

    BalasPadam
  6. Terima kasih....ilmu dunia akhirat

    BalasPadam
  7. Dlm blajar tajwid ni bilangn harakat xpenting ke?

    BalasPadam