Sabtu, 1 September 2012

Hukum Nun Mati / Nun Sakinah dan Tanwin Part 3 : Iqlab

 Assalamualaikum.. Hmmm..kebetulan, malam minggu ni tak de mood pulak nak tengok bola..So, bolehla saya meluangkan mase sikit untuk blog neh..:-)

Ok, malam ni..saya nak menerangkan 1 lagi hukum dalam bab Nun mati dan Tanwin iaitu Iqlab.

Dari pengalaman saya mengajar, Iqlab adalah diantara hukum yang paling mudah untuk pelajar ingat..Sebab apa? Sebab iqlab cume ada 1 huruf je..hehe..Tapi, jgn pandang mudah dengan Iqlab ni ye..Walaupon cume ade 1 huruf je, tapi hukum iqlab ni lah yang paling banyak org failed untuk melaksanakannye..:-)

Ok, tanpa melengahkan masa lagi..Jom kita belajar dengan lebih lanjut tentang Iqlab ni..



Maksud Iqlab : 

Ape maksud Iqlab? Iqlab ni bermaksud tukar..Ape yang yang nak ditukar tu? Kita perlu menukarkan sebutan/bacaan Nun mati/Tanwin yang berjumpe dgn huruf Iqlab kepada mim (م) secara Ikhfa' (Sembunyi) beserta dengung.



Huruf-huruf Iqlab :

1 shj iaitu  Ba (ب



 Contoh Iqlab :
























Tempat yang berwarna merah adalah dimana berlakunya Iqlab..

Sebutan Nun mati/Tanwin mestilah ditukarkan kepada huruf (م) secara Ikhfa' beserta dengung..Macam mana nak tukar kepada (م) secara Ikhfa' dan dengung ni? Pertama sekali, saya nak terangkan dahulu ape maksud Ikhfa' dan dimana letaknya makhraj huruf mim (م)..

Maksud Ikhfa' :  Sembunyi

Makhraj Mim : 2 bibir dirapatkan 

Ok baik, macam mane kite nak tukarkan sebutan Nun mati dan Tanwin td kepada Mim secara Ikhfa' beserta dengung? 

Mudah, Ikhfa' bermaksud sembunyi dan cara sebutan mim (م) adalah dengan merapatkan 2 bibir..

Jd, cara sebutan yang betul adalah dengan menukarkan sebutan Nun mati/Tanwin td kepada mim (م), dengan cara menyembunyikan sedikit bunyi sebenar huruf mim (م) itu (Renggangkan bibir sedikit) beserta dengung..



Kesimpulan :

Agak payah untuk kite paham cara sebutan yg betul dengan hanya belajar melalui bahan bacaan..:-) Seperti yang saya dah pon beritahu sebelum ni, bacaan Iqlab adalah diantara bacaan yang kerap berlaku kesilapan dan agak payah dilaksanakan dengan sempurna..Kebanyakan dari kite cume tukarkan terus sebutan Nun mati/Tanwin tu bulat-bulat kepada Mim (م), betol tak?..:-)

Ape-ape pon, tolong belajar secara berdepan dengan guru ok.. Jangan main agak-agak je..:-) Harap entry saya ni dapat memberi sedikit sumbangan kepada org-org Islam di seluruh Malaysia ni..:-) Jgn lupa share blog/entry ni kat facebook kalau suke..hehe..Share blog gosip2 boleh je kan?? :-) Baiklah, Itu saje untuk entry kali ni..Sambung lagi akan datang..:-)

Sekian..Salam

  

SweetMuslimah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan