Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Rabu, 15 Jun 2011

Makhraj huruf: Tempat-tempat suara huruf



Assalamualaikum..Kali ini sy nak menerangkan cara sebutan huruf, atau lebih dikenali sebagai makhraj huruf..

  Ok, adakah cara kita menyebut huruf-huruf dalam quran menepati cara sebenar??Kalau ye,alhamdulillah...kalau tak? kalau tak pon alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada jugak inisiatif kan untuk belajar..apa-apa pon..Syabas!(bak kata Dr Tuah) untuk diri kita kerana masih ada juga inisiatif untuk memperbetulkan bacaan al-quran ...baiklah sebelum saya melalut lebih detail lg..lebih baik saya mulakan sekarang..:-)

  Makhraj huruf ini secara Am nya terbahagi kepada 5 tempat:
  • Al Halq - Halkum
  • Asyafatain - Dua bibir
  • Al lisan - Lidah
  • Al Jauf - Rongga mulut
  • Al Khaisyum - Rongga hidung
Ok, di dalam 5 tempat makhraj am ini pulak terdapat 17 lagi tempat yg khas...Tempat yg lebih spesifik..saya akan menerangkan dalam bentuk jadual supaya lebih mudah pahamla hendaknya ye...

  • Al Halq : Kerongkong = Ada 6 huruf yg keluar dari makhraj ini .(أ ه ح خ ع غ)
  1.  أ ه - Tekan suara hingga pangkal halkum (pita suara)
  2. ع ح - Tekan suara hingga di tengah halkum. 
  3. خ غ  - Tekan suara di permulaan halkum (macam buang kahak tu..)

  • ASyafatan :Bibir = ada 4 huruf yg keluar dari makhraj ini . (ف م ب و)
  1. ف - Bibir bawah ditekan ke gigi kacip atas.(fa)
  2.  مMerapatkan dua bibir (ringan)
  3.  ب - Merapatkan dua bibir (kuat)
  4. وMembulatkan dua bibir.

  • Al Jauf : Rongga - makhraj ini adalah suara pemanjangan Huruf Mad, ada tiga huruf. (و ي ا)
  1. و ي ا - Dilepaskan suara ke dalam rongga mulut.



  • Al Khaisyum : Pangkal hidung - Makhraj ini adalah suara dengung. (ن dan م yang mati)
  1. ن dan م yang mati - Ditekan suara ke pangkal hidung.


  • Al Lisan : Lidah - Ada 18 huruf yg keluar dari makhraj ini. (ق ك ي ش ج ض ل ن ر ت د ط ث ذ ظ ص ز س)
  1. ث ذ ظ - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas.
  2. ت د ط - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas.
  3. ص ز س - Hujung lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah.
  4. ن - Hujung lidah ditekan ke gusi hadapan.
  5. ر - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan.
  6. ل - Sisi tepi bahagian hadapan lidah (kiri / kanan) ditekan ke gusi hadapan.
  7. ض - sepanjang sisi tepi lidah (kiri / kanan) ditekan ke geraham atas.
  8. ي ش ج - Tengah lidah ditekan ke langit-langit.
  9. ك - Pangkal lidah ditekan ke langit-langit belakang.
  10. ق - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak.


Baiklah..siap pon.. :-)

Jadual di atas ini adalah makhraj-makhraj khas dan sy sertakan cara menyebutnya sekali...Senang kan??? Ok,bagus..

Apa-apa pon...Saranan saya, kalau nak belajar sebutan huruf al-quran ni..Mesti berguru!! Jangan syok sendiri :-)...Ok..rujuk dengan guru anda.. Baca satu-satu huruf dekat telinga dia..bagi dia dengar betul ke tak... :-) Baiklah..sampai sini saja..harap tulisan saya ni dapat memberi sedikit manfaat pada anda...SALAM>>



SweetMuslimah.com