Muslimah

Baju Muslimah Kanak-kanak

Sabtu, 1 September 2012

Hukum Nun Mati / Nun Sakinah dan Tanwin Part 3 : Iqlab

 Assalamualaikum.. Hmmm..kebetulan, malam minggu ni tak de mood pulak nak tengok bola..So, bolehla saya meluangkan mase sikit untuk blog neh..:-)

Ok, malam ni..saya nak menerangkan 1 lagi hukum dalam bab Nun mati dan Tanwin iaitu Iqlab.

Dari pengalaman saya mengajar, Iqlab adalah diantara hukum yang paling mudah untuk pelajar ingat..Sebab apa? Sebab iqlab cume ada 1 huruf je..hehe..Tapi, jgn pandang mudah dengan Iqlab ni ye..Walaupon cume ade 1 huruf je, tapi hukum iqlab ni lah yang paling banyak org failed untuk melaksanakannye..:-)

Ok, tanpa melengahkan masa lagi..Jom kita belajar dengan lebih lanjut tentang Iqlab ni..



Maksud Iqlab : 

Ape maksud Iqlab? Iqlab ni bermaksud tukar..Ape yang yang nak ditukar tu? Kita perlu menukarkan sebutan/bacaan Nun mati/Tanwin yang berjumpe dgn huruf Iqlab kepada mim (م) secara Ikhfa' (Sembunyi) beserta dengung.



Huruf-huruf Iqlab :

1 shj iaitu  Ba (ب



 Contoh Iqlab :
























Tempat yang berwarna merah adalah dimana berlakunya Iqlab..

Sebutan Nun mati/Tanwin mestilah ditukarkan kepada huruf (م) secara Ikhfa' beserta dengung..Macam mana nak tukar kepada (م) secara Ikhfa' dan dengung ni? Pertama sekali, saya nak terangkan dahulu ape maksud Ikhfa' dan dimana letaknya makhraj huruf mim (م)..

Maksud Ikhfa' :  Sembunyi

Makhraj Mim : 2 bibir dirapatkan 

Ok baik, macam mane kite nak tukarkan sebutan Nun mati dan Tanwin td kepada Mim secara Ikhfa' beserta dengung? 

Mudah, Ikhfa' bermaksud sembunyi dan cara sebutan mim (م) adalah dengan merapatkan 2 bibir..

Jd, cara sebutan yang betul adalah dengan menukarkan sebutan Nun mati/Tanwin td kepada mim (م), dengan cara menyembunyikan sedikit bunyi sebenar huruf mim (م) itu (Renggangkan bibir sedikit) beserta dengung..



Kesimpulan :

Agak payah untuk kite paham cara sebutan yg betul dengan hanya belajar melalui bahan bacaan..:-) Seperti yang saya dah pon beritahu sebelum ni, bacaan Iqlab adalah diantara bacaan yang kerap berlaku kesilapan dan agak payah dilaksanakan dengan sempurna..Kebanyakan dari kite cume tukarkan terus sebutan Nun mati/Tanwin tu bulat-bulat kepada Mim (م), betol tak?..:-)

Ape-ape pon, tolong belajar secara berdepan dengan guru ok.. Jangan main agak-agak je..:-) Harap entry saya ni dapat memberi sedikit sumbangan kepada org-org Islam di seluruh Malaysia ni..:-) Jgn lupa share blog/entry ni kat facebook kalau suke..hehe..Share blog gosip2 boleh je kan?? :-) Baiklah, Itu saje untuk entry kali ni..Sambung lagi akan datang..:-)

Sekian..Salam

  

SweetMuslimah.com

Selasa, 28 Ogos 2012

Hukum Nun Mati / Nun Sakinah dan Tanwin Part 2 : Idgham Maal Ghunnah dan Bila Ghunnah



  Assalamualaikum..Salam lebaran untuk sesiapa yg tengah membace blog neh..Yelah, hari ni dah masuk hari ke 9 kite menyambut lebaran..Alhamdulillah, dapat juga kesedaran ye nak belajar tajwid lepas ramadhan..Awat? banyak kena teguq ka masa tadarrus? hehe.. Jgn amek hati ye..Just kidding!


Ok, untuk hari ni..Saya akan menerangkan dgn lebih terperinci 1 lg hukum dalam bab Nun Mati dan Tanwin..Iaitu, Idgham..


Idgham :

Ape maksud Idham ni? Ok, Idgham bermaksud memasukkan atau menggabungkan..

Ape yg nak dimasuk dan digabunggangkan neh? Maksudnye, kite perlu menggabungkan atau memasukkan bunyi/suara huruf yg sukun/mati kedalam huruf yg berbaris..



Huruf-Huruf Idgham :

Idgham mempunyai 6 huruf semuanye iaitu : Ya, wau, mim, nun, lam dan ra' 

6 Huruf Idgham





Ok, kita dah tengok ape die yg dikatan sebagai idgham ni..Tp, Idgham dalam bahagian Nun mati dan Tanwin ni pulak terbahagi kepada 2.. Jom sambung kat bwh!

(Untuk pengetahuan, idham juga terdapat dalam bab lain selain nun mati dan tanwin..Kita akan belaja kemudian ok)




Pembahagian Idgham :  

Idgham terbahagi kepada 2 Iaitu:

1) Idgham Maal Ghunnah

2) Idgham Bila Ghunnah 


Ok, walaupon 2 jenis idgham ni mempunyai nama akhir yg berbeza..Tp, konsepnye tetap sama..Iaitu memasukkan atau menggabungkan..Cume ade sedikit perbezaan cara bacaan diantara due jenis Idhgam ini..Saya akan jelaskan dgn lebih terperinci kat bawah k..






Idgham Maal Ghunnah :

Pengertian - Idgham Maal ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin kedalam huruf Idgham Maal Ghunnah BESERTA dengung.


Huruf-huruf Idgham Maal Ghunnah ade 4 iaituMim (م), Nun (ن), Wau (و), dan Ya' (ي)


Contoh-contoh Idgham Maal Ghunnah boleh tengok gmbar dibawah.



Tempat yg dihighlightkan (bahase ape neh) tu la yang mane berlakunya Idgham Maal Ghunnah..Suara Nun mati/Tanwin mestilah dimasukkan kedalam huruf Idgham Maal Ghunnah beserta dengung..Boleh paham?

Seperti dalam contoh yg pertama tu "Hisaa ban yasiran" mestilah dibace dgn "Hisaa bayYasiran"..Dalam contoh terakhir "Khairun wa abqa" mestilah dibaca dgn "KhairuwWa abqa" (Tolong rujuk dgn guru..Jgn main belasah aje ye)






Idgham Bila Ghunnah :

Pengertian - Idgham Bila Ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin kedalam huruf Idgham Bila Ghunnah TANPA dengung.

Huru-huruf Idgham Bila Ghunnah ade 2 iaitu -  Lam (ل) dan Ra' (ر)

Contoh-contoh Idgham Bila Ghunnah boleh tengok gambar dibawah.



 Seperti biase, tempat yang dihighlight yang mane berlakunya Idgham Bila Ghunnah..Suara Nun mati/Tanwin mestilah dimasukkan kedalam huruf Idgham Bila Ghunnah tanpa dengung dgn care melenyapkan bunyi Nun mati/Tanwin..

Contoh pertama "Tawwaaban Rahiiman" mestilah dibaca dgn "Tawwaabar Rahiiman" dan Contoh kedua "BiMu'minin Lanaa" mestilah dibaca dgn "Bimu'minil Lanaa




Kesimpulan :

Kedua-dua jenis Idgham diatas menggunakan konsep yg sama iaitu memasuk/menggabungkan suara Nun mati/Tanwin kedalam huruf-huruf Idgham..Perbezaan bacaan diantara due Idgham ini ialah Idgham Maal Ghunnah dibaca dgn idgham BESERTA dengung dan Idgham Bila Ghunnah pula dibaca dengan Idgham TANPA dengung.

Alhamdulillah, siap jugak entry neh..dah sebulan teperap dalam draft sebenarnye..:-) Harap dapatlah kita sedikit manfaat dari blog saya ni ye..Jumpe lg dalam entry akan dtg! :-) Salam

P/S : Tolong bertalaqi dgn guru..Bahan bacaan hanyalah untuk rujukan sahaja. 

P/S : Idgham Maal Ghunnah juga dikenali sebagai Idgham Bi Ghunnah..Hukum yang sama cume nama berbeza..wallahua'lam

SweetMuslimah.com

Rabu, 13 Jun 2012

Hukum Nun Mati / Nun Sakinah dan Tanwin Part 1 : Izhar Halqi

Nun Mati and Tanwin



  Assalamualaikum kepada semua.. Rasanya dah setahun kot tak update blog neh..Maaflah, tak berapa ada masa nak mengadap pc..:-) Eh, yang aku sebok mintak maaf ni..macam ada ramai follower pulak kan..huhu..:-).. Oklah, post kali ni saya nak menerangkan sedikit hukum tajwid dalam bab Nun Mati/Nun Sukun dan Tanwin .Rasanya bab ni tak asing kan? Selalu dgr..Betul tak? Memang hukum Nun mati dan Tanwin ni la diantara yang paling selalu kita akan jumpa dalam al-quran. Dalam Surah Al-fatihah je pon kita dah boleh jumpe..:-)

 Baik, yang pertama sekali..Dalam bab Nun mati dan Tanwin ni ada 4 hukum..Ok, jom kite tgk..


1) Izhar Halqi

2) Ikhfa' Haqiqi
3) Iqlab
4) Idgham

  Ok, nampak kan?.. Ingat k..cuma ada 4 hukum je dalam bab ni..ok, lepas ni saya akan terangkan dgn lebih lanjut lagi tentang keempat2 hukum td..



1) Izhar Halqi : 


Huruf - huruf Izhar Halqi =  ح خ غ ع ه أ 


Maksud Izhar -  Jelas dan Nyata

Cara Bacaan - (Jelas dan nyata) , Ok, saya biase dpt soalan macam ni > "Bacaan Izhar Halqi ni jelas dan nyata..Tp, apa bende yang nak kena baca jelas dan nyatanye ??" Ha..salu sgtla dengar soalan ni..So, sebelum saya dpt lagi soalan mcm ni..Lebih bek saya jawab dulu..:-) Emm..Ok baik, sebelum saya jawab soalan ni..jom kita baca dulu lagi sikit penerangan Izhar Halqi neh.. Sabar k..:-)


Keadaan Berlaku - Izhar Halqi berlaku apabila Nun Mati / Tanwin Bertemu dgn huruf-huruf Izhar Halqi yg 6  (Tgk kat atas) 


Contoh - Untuk contoh Izhar halqi, Errmm.. kebetulan pc yang saya guna skrg neh tak ada pulak tulisan arab..:-) Tp, takpe..saya dah amek contoh die dekat blog neh (Bagi kredit sikit k ;-) )>>> Tupipurak.blogspot.com 






  Ok..Boleh nampak kan contoh kat atas ni??  Contoh pada barisan pertama tu adalah contoh daripada pertemuan Nun mati dgn huruf-huruf Izhar halqi dan contoh pada barisan kedua tu pulak adalah daripada pertemuan Tanwin dengan huruf-huruf Izhar Halqi..Boleh paham?? Kalau paham bagus..kalau tak paham..jom sambung lagi kat bawah..:-)


  Dalam gambar kat atas td..kalau perasan ade tulisan yang warne merah and ade yang warne hitam, kan? Ok, yang warne merah tu la kat mane berlakunya Izhar Halqi..Ok, berbalik kepada soalan lazim td..sambung kt bawah!


  Untuk jawapan soalan lazim tu senang je..Rasenya ada yang dah paham pon kan?? Harap mcm tu la! Ok, apa yang perlu di baca dgn jelas dan nyata tu? Senang je.. Suara/Bunyi Nun Mati dgn Tanwin tu la yang kena dibace jelas (jgn dengung siket pon! kalau "man" jgn plak bace "mang" kalau "an" jgn plak bace "ang" dan sebagainye)..Tgk kat gmbr contoh tu..tulisan yang warne merah tulah kat mana berlakunya Izhar Halqi..So, bacaan pada tulisan yang warne merah tu MESTI dibaca dengan jelas! OK? Memang agak payah kalau nak belajar dgn membaca je tanpe guru..:-)  


  So, saranan saya..tolong belajar dgn guru! Ok..Saya akan sambung lagi 3 hukum pada post yg akan datang k..(Harap takla kena tunggu lg setahun baru nk update lagi 3 hukum tu ye..hehe..)


  Harap post saya ni dapatla memberi sedikit manfaat kepada anda..Salam.. :-)




SweetMuslimah.com